Sudah menjadi lumrah, setiap manusia pasti mempunyai perasaan marah. Perasaan ini jika tidak dikawal dengan baik akan mengakibatkan kesan buruk terhadap diri dan orang sekeliling. Malah, perasaan marah ini juga akan mempengaruhi tiga hormon jahat yang akan mendorong kita mendapat penyakit jantung, bertambah gemuk, risiko kanser meningkat dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Facebook, Wawa Shauqi ada berkongsi tentang kesan terhadap otak seseorang yang sedang marah. Bahaya tau kalau selalu sangat marah ni. Jom tengok perkongsian ini!
Kalau marah, tahan mulut daripada bebel
Waktu Doktor Rizal tunjuk gambar ni dan bercerita, saya telan air liur. Terkenang, entah berapa kali otak saya jadi macam dalam gambar ni.
Ini adalah gambar imbasan otak. Gambar kiri ni adalah otak kita bila kita rasa marah. Gambar kanan adalah otak kita bila kita sebut apa yang kita marah. Lihat bahagian ‘emotional regulation’ mengecut begitu.
Maknanya lepas ni kalau marah, tahan mulut dari membebel. Bayangkan otak kita boleh merosot bila membebel. Sebenarnya bukan otak je. Satu badan kita akan terkesan bila kita marah.
Bila kita marah, Amygdala dalam otak kita jadi aktif. Amygdala aktifkan Hipotalamus. Kemudian hipotalamus aktifkan kelenjar Pituitari. Dan kelenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress, iaitu kortisol, adrenalin, noradrinalin.
Tiga hormon stress yang jahat
Kortisol ini akan mengakibatkan otak kita kehilangan neuron di bahagian otak logik kita (korteks). Itu yang buat kita tak rasional bila marah. Bukan di korteks je. Di hipokampus pun neuron kita habis mati kena bunuh. Menjadikan otak kita kurang kreatif dan sentiasa lupa.
Hormon gembira yang bernama serotonin pon hilang. Sampai kita lupa macam mana nak jadi gembira. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit hal nak mengamuk.
Tiga hormon stress yang jahat itu, akan buat kita sakit jantung, bertambah gemuk kerana metabolism badan menurun, kulit bertambah kedut dan mulut kering. Selain itu juga, ia akan turut mengakibatkan imun badan menurun, risiko kanser meningkat, bertambah rabun, migrain dan tulang jadi kurang mampat.
Bukan membebel je tau! Luah perasaan kat Facebook pun sama juga. Kita yang membaca pun boleh ikut jadi stress. So avoid that! Nasib baik Doktor Rizal bagi tahu, kita boleh lawan peningkatan hormon stress dengan tambahkan hormon gembira.
Sebut benda positif
Agak-agak badan dah mula bergegar marahkan suami, terus senyum. Anak mula tumpahkan air, senyum. Bila mulut rasa bergetar nak membebel, senyum. Senyum paksa pun tak apa. Biar otot kita hantar signal untuk keluarkan hormon gembira.
Bila berjaya senyum, tarik nafas. Bernafas perlahan, supaya jantung kita yang rasa nak pecah tadi kembali berdegup normal.
Doktor Rizal ada tunjuk satu gambar comel ni. Gambar tupai sedang peluk bunga kuning. Mukanya dilepek di atas kelopak bunga. Bukan main bahagia mukanya. Gambar tu ditangkap oleh wartawan NatGeo.
Rupanya, sebelum tu, tupai tu dikejar ular. Nasib tupai baik, ular tu masuk sungai dan tak naik-naik dah. Lepas dari tu, tupai tu segera cari sekuntum bunga untuk dipeluk. Habis peluk, dia berlalu dengan riang. Rupanya, haiwan pun ada cara dia untuk meredakan emosi yang kacau.
Kita pun nampaknya kena jadi macam tu. Biasakan tengok benda indah. Lazimi mulut dengan kata-kata positif. Cari bau wangi untuk dicium. Sebut benda positif yang nak anak kita jadi. Macam mak pak kita dulu, selalu panggil kita ‘Anak bertuah’ bila diorang marah, kan.
Do something
‘The brain has its own way to process language. Words can change your gene.’ Betul lah apa yang suami saya selalu sebut. ‘Bila marah, jangan sebut benda yang kita tak suka anak buat. Sebut kualiti yang anak kita ada. Atau benda baik yang dia perlu buat.’
Jangan kata awak-awak. Saya sendiri pun rasa susah nak buat. Benda baik memang susah. Bila selalu praktis, insya Allah jadi mudah. Jadi lepas ni, nampak anak bergaduh, peluk mereka. Instead of cakap ‘Mama tak suka tengok korang gaduh’, tukar. ‘Mama lagi suka tengok korang sayang-sayang.’
Instead of cakap ‘Kenapa yang malas sangat ni.’ Jeritlah dengan happy ‘Alangkah baiknya anak mama ini rajin membantu.’
Sumber: Wawa Shauqi