Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dos ubat kuat secara berlebihan. Lebih mengejutkan apabila kejadian cemas itu terjadi ketika mangsa berdua-duaan di bilik hotel bersama seorang pelacur yang dilanggannya.
Maut lepas makan ubat kuat
Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang berusia 70 tahun itu dikatakan membuat tempahan khidmat pelacur secara atas talian. Pada 25 Januari lalu, mangsa bersama wanita berkenaan telah bertemu di sebuah bilik hotel yang terletak di Jakarta Barat. Menurut saksi iaitu petugas yang menjaga parkir hotel, pada hari kejadian, dia melihat mangsa bersama seorang wanita berusia dalam lingkungan 35 tahun telah mendaftar masuk di hotel berkenaan.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan badan, mangsa telah mengambil ubat kuat untuk membantunya mendapatkan tenaga namun siapa sangka lain pula yang terjadi. Mangsa dikatakan terbaring dan tidak sedarkan diri. Wanita berkenaan yang panik dengan situasi itu telah menjerit ketakutan dan berlari keluar dari bilik terbabit.
Wanita itu sempat ditenangkan oleh orang ramai. Dia kemudian memberitahu apa yang berlaku dan susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Tribunnews