Siapa tak sedih kehilangan orang tersayang tanpa diduga. Lebih-lebih lagi jika orang itu merupakan yang paling rapat dan dekat bersama kita. Seperti yang dihadapi lelaki ini, Mohd Syafiq kehilangan kedua-dua orang tersayang dalam masa setahun jaraknya.
Tahun lepas dia kehilangan isteri tercinta, tahun ini sekali lagi dia diuji dengan pemergian anak istimewanya. Segalanya berlaku dengan pantas. Sebaknya!
Isteri meninggal tahun lepas
Menerusi perkongsian individu ini tahun lepas, isterinya iaitu Allahyarhamah Siti Aminah telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac tahun lepas akibat masalah kesihatan yang tidak dinyatakan jelas.
Allah pinjam nikmat sementara
Apa yang lebih menyedihkan apabila anak istimewanya, Nur Aaira Syifaa yang berumur 2 tahun 5 bulan pula kembali ke rahmatullah pada 7 Julai lepas.
Bermainlah dengan mummy di syurga
Sumber : Mohd Syafiq