berita

‘Pada Saya Mereka Kurang Kasih Sayang’ – Digelar Sailormoon & Didakwa ‘Ubah Wajah’, Ini Respon Ifa Raziah

March 28th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perubahan bentuk wajah Ifa Raziah yang begitu ketara sejak kebelakangan ini telah menjadi bualan hangat di laman sosial. Ada yang menyamakan wajah selebriti tersebut dengan watak anime Puteri Serenity, Usagi Tsukino dan Sailormoon. Namun ada juga yang membuat andaikan Ifa melakukan pembedahan untuk mendapatkan wajah sebegitu.

Artikel berkaitan : ‘Muka Nampak Macam Sailormon..’ – Penampilan Terbaru Ifa Raziah Jadi Perhatian Netizen

Menerusi laporan mStar Online, Ifa menjawab tuduhan tidak benar dan ini rahsia miliki wajah runcing.

Disebabkan kejujuran dan keikhlasan hati

Apabila ditanya apakah rahsia mendapatkan wajah yang berseri dan runcing Ifa memberitahu, dia hanya bertemu pakar untuk mengatasi masalah kulit sensitif selain melakukan rawatan wajah biasa seperti yang diamalkan wanita lain. Dia juga menolak dakwaan melakukan pembedahan plastik dan kaedah sedut lemak seperti yang diperkatakan.

Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Selain itu, selalu juga berjumpa doktor kulit kerana ada masalah kulit sensitif.

Saya tidak kisah orang nak gelar saya ‘sailormoon’ ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati.

Pada saya mereka kurang kasih sayang

Menurut Ifa Raziah, sebagai manusia biasa dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Sebagai seorang selebriti, kecaman dan kritikan adalah lumrah yang perlu dihadapi.

Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus.

Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain.

Untuk mendapatkan bentuk badan ideal dan kesihatan yang baik, Ifa memberitahu dia mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan minum banyak air putih.

Dulu saya suka berzumba tapi sekarang kekangan masa, jadi kena jaga pemakanan hari-hari. Paling penting kena minum air putih banyak.

Saya juga tidak makan daging dan makanan laut kecuali ikan.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×