berita

Padah Anak Pasang Muzik Terlalu Kuat, Lelaki ‘Naik Hantu’ Serang & Tembak Jiran

July 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Thailand, seorang anggota polis telah didakwa atas cubaan membunuh jirannya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui punca kejadian adalah disebabkan suspek berang anak jirannya itu telah memasang muzik dengan kuat di rumahnya.

Mangsa diserang dan ditembak

Menerusi laporan yang dipetik daripada Bangkok Post, sebelum kejadian, pertengkaran telah berlaku antara mereka berdua dan suspek bertindak nekad menembak mangsa sebanyak 2 kali. Suspek yang berusia 53 tahun itu kemudian menyerah diri kepada pegawai kanannya pada hari Isnin lalu (13 Julai 2020).

Menurut Ketua Polis Krasang iaitu Kolonel Wisanu Apornpong memberitahu, suspek mengakui melakukan tembakan ke arah mangsa yang dikenali dengan nama Rom Raroengying. Selain menembak, mangsa yang berusia 51 tahun itu turut dipukul di kaki kirinya dan bahagian tulang rusuk sebelah kiri. Mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa dikejarkan ke Hospital Buri Ram untuk menerima rawatan lanjut.

Berang kerana muzik terlalu kuat

Sementara itu, Kolonel Wisanu memaklumkan kejadian itu berlaku kerana suspek hilang sabar dengan tindakan anak mangsa yang sering memainkan muzik dengan kuat sehingga mengganggu ketenteramannya yang tinggal bertentangan dengan rumah tersebut.

Ibu mertua mangsa iaitu Choi Yodkhrue memberitahu pihak polis, sebelum kejadian dia ada melihat suspek yang juga merupakan anggota polis itu memasuki rumah terbabit dan melepaskan tembakan ke arah pintu rumah berkenaan. Tetapi dalam masa yang sama, anak mangsa berjaya melarikan diri sementara mangsa masih berada di dalam rumahnya.

Anak mangsa sempat lari

Mangsa yang terkejut dengan bunyi tembakan tersebut telah keluar dan cuba mengarahkan suspek untuk meletakkan pistolnya. Tanpa mengendahkan arahan tersebut, suspek terus melepaskan 2 kali tembakan ke arah mangsa. Walaupun sudah ditembak, mangsa sempat melarikan diri. Masih tidak berpuas hati, suspek sekali lagi cuba menyerang dan mengejar mangsa.

Dalam masa yang sama mangsa telah menjerit dan meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis. Difahamkan, anak perempuan mangsa yang berada di lokasi kejadian juga telah meminta pertolongan dan dia sempat merakam kejadian yang menimpa bapanya itu. Sementara itu, abang suspek mengakui bahawa sebelum ini, adiknya itu seringkali bertengkar dengan anak mangsa berhubung dengan isu tersebut.

Sumber: Bangkok Post

SKIP THIS AD ×