berita

Padah Berkumpul & Berbuka Puasa Beramai-Ramai, 16 Orang Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19

May 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Keseronokan berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga bertukar musibah selepas 16 orang ahli keluarga di Bahrain dijangkiti Covid-19.

Gagal patuhi SOP

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Gulf News, kesemua ahli keluarga yang menghadiri majlis berbuka puasa itu dikatakan tidak mematuhi langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah mengelakkan daripada melakukan aktiviti berkumpulan, memakai topeng muka dan menjaga penjarakan sosial.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain memaklumkan bahawa virus yang tersebar itu berpunca daripada salah seorang ahli keluarga tersebut yang positif Covid-19. Kehadirannya dalam majlis berbuka puasa tersebut secara tidak langsung memberi kesan dan meningkatkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga lain.

Kanak-kanak turut dijangkiti

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, antara ahli keluarga yang dijangkiti wabak berkenaan termasuklah ibu bapa, adik-beradik dan juga beberapa orang kanak-kanak.

Semua orang bertanggungjawab untuk patuh garis panduan dan langkah berjaga-jaga bagi mengelak virus ini tersebar.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan negara itu turut melaporkan bahawa setakat ini Bahrain merekodkan 4,774 kes positif Covid-19 dengan 8 kematian. Manakala seramai 2,055 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Sumber: Gulf News

SKIP THIS AD ×