Kerana mulut badan binasa itu peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang pengguna jalan raya yang bertindak memaki hamun pengguna jalan raya yang lain. Ketika kejadian, mangsa yang dimaki dan digertak merupakan seorang anggota polis.
Punca kejadian
Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap
Punca kejadian bermula apabila kereta Perodua jenis Myvi yang dipandu oleh seorang anggota polis sedang membuat pusing U di lampu isyarat Palm Spring Kota Damansara. Tiba-tiba kereta jenis Proton Saga datang bertindak menghimpit kereta mangsa dan enggan memberikan laluan.
Selepas pusingan U dibuat, mangsa mendapati keretanya diekori kereta Saga itu dari arah belakang. Kemudian, suspek bertindak untuk memotong kereta mangsa dan memberhentikan keretanya secara tiba-tiba tanpa sebarang isyarat. Mangsa ketika itu terpaksa juga memberhentikan keretanya kerana dihalang oleh kereta Saga itu.
Keluar kata kesat
Gambar sekadar hiasan
Suspek turun daripada keretanya dan bertindak memarahi mangsa dengan menggunakan kata-kata kesat. Sewaktu suspek berada di balai polis, dia juga enggan memberi kerjasama kepada pegawai yang sedang melakukan siasatan tersebut.
Dia bertindak untuk menjerit dan memarahi pegawai tersebut berulang kali dan turut bertindak merampas salinan laporan yang dipegang oleh pegawai tersebut.
Kini, suspek telah direman selama empat hari serta disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap