Sekadar gambar hiasan
Zakar seorang pelancong dari Jerman mungkin akan dipotong susulan tindakannya melakukan hubungan intim dengan isterinya berulang kali selama 24 jam ketika bercuti di Itali.
Zakar mungkin dipotong
Sekadar gambar hiasan
Lelaki berusia 50 tahun ini didakwa melakukan hubungan seks tanpa henti selepas memakan pil perangsang. Tindakan tersebut telah mengakibatkan mangsa mengalami kejutan septik iaitu keadaan yang mengancam nyawa dan berlaku apabila tekanan darah turun ke paras rendah serta berbahaya.
Lelaki itu yang berada keadaan serius turut dikejarkan ke hospital di Grosseto, Itali untuk mendapatkan rawatan. Seminggu kemudian selepas pulang dari bercuti, keadaan lelaki itu kembali serius dan telah dibawa ke Hospital Misericordia dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi manakala si isteri turut mendapatkan rawatan.
Nama pasangan berkenaan tidak didedahkan.
Sumber: Daily Mail, Mirror UK