berita

Padah ‘Cucuk Belakang’ Kereta Elak Bayar Tol, Pemandu Myvi Dapat Maki Free

October 30th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial tular satu video tindakan seorang pemandu Perodua Myvi yang bertindak ‘mencucuk’ kereta di hadapannya untuk mengelakkan daripada membayar tol. Kejadian ini berlaku di tol susur keluar LPT Kuala Terengganu.

Jangan harap!

Nak cucuk belakang aku tak nak bayar tol exit Kuala Terengganu LPT. Nasib baik aku sedar dan stop betul betul selepas palang. Baru dia nak reverse pergi lane sebelah dan bayar.

Ketika kejadian, Perodua Myvi tersebut bertindak ‘mengikut’ dengan rapat kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Namun, kereta di hadapannya bertindak memperlahankan keretanya menyebabkan kereta Perodua Myvi itu gagal untuk lepas dari palang tol tersebut. Panik dengan apa yang terjadi, pemandu Perodua Myvi itu bertindak untuk reverse dan pergi ke laluan tol bersebelahan.

Orang lain boleh kau nak cucuk belakang dengan aku jangan. Tengok la kereta apa kau nak cucuk tu. Kereta dekat 2 tan berat memang taklah aku nak bagi muka.
Kawan dia yang sorang lagi bawa Jazz GK lepas cucuk kereta kat lane sebelah.
Harap dia ingat maki aku sampai tua. Haha

Tidak berakhir di situ, pemandu Perodua Myvi itu turut ‘disekolahkan’ dan dimarahi oleh lelaki tersebut atas tindakan biadapnya. Perkongsian tersebut telah meraih ratusan perkongsian dan komen yang rata-ratanya marah akan tindakan pemandu Myvi tersebut.

Sumber: Kamazuki Junuh via Papadorn

SKIP THIS AD ×