Sekadar gambar hiasan
Gara-gara disyaki mencuri telefon bimbit, seorang lelaki di New Delhi, India dikenakan denda sebelum diikat pada sebuah lori yang sedang bergerak.
Gara-gara mencuri
Foto: India.com
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Odisha (OHRC) menerusi laporan India.com, menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa dan ia merupakan pencabulan kepada hak asasi manusia. Difahamkan kejadian tersebut berlaku berhampiran jejantas Bhutamundai di sepanjang jalan Chandikhol-Paradip di daerah Jagatsinghpur dan video tersebut bagaimanapun telah tular di media sosial.
Ketika kejadian lelaki ini telah ditangkap oleh pemandu lori bersama pembantunya berikutan disyaki mencuri telefon bimbit yang berada di dalam sebuah lori. Susulan daripada itu, lelaki berkenaan telah diikat pada lori yang sedang berjalan sebagai hukuman.
Terdahulu, kes seumpama ini pernah berlaku di Jagatsinghpur Odisha, seorang lelaki telah dikalungkan dengan kasut dan diikat di hadapan trak yang sedang bergerak sebagai hukuman kerana didakwa mencuri telefon bimbit.
Sumber: India.com