Semalam Sultan Muhammad V, dimaklumkan sudah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari (Ahad). Pengumuman yang dibuat itu semestinya mengejutkan rakyat Malaysia dan rata-rata berteka teki mengapa keputusan tersebut diambil.
Artikel berkaitan : Akhiri Khabar Angin, Agong Letak Jawatan Berkuatkuasa Serta-Merta
Namun, lain pula terjadi apabila seorang individu meninggalkan komen sensitif dan menuduh baginda terlalu ‘sibuk’ dengan isteri baru.
Komen sensitif dan keterlaluan
Selepas tular di media sosial, individu ini memohon maaf kerana telah membuat komen biadap terhadap baginda sultan. Dia turut menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya.
Mohon maaf
Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari. Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.
Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya.
Padah terlanjur kata
Meskipun sudah meminta maaf, isu ini telah mendapat perhatian daripada majikan didakwa tempat dimana individu ini bekerja. Mereka akan melakukan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber : khairulryezal