berita

Padah Lari Rumah, Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 3 Lelaki

November 12th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, berhadapan saat cemas apabila dirogol oleh tiga lelaki. Ketika kejadian, mangsa dikatakan ‘melarikan diri’ dari rumah ibu saudaranya di Perak.

Dirogol 3 lelaki

Gambar sekadar hiasan

Lapor Utusankanak-kanak malang itu dirogol di sebuah rumah tumpangan di Hutan Melintang, Bagan Datuk, semalam. Ketika kejadian, suspek bertindak mengajak mangsa untuk mengikut mereka, namun disebabkan tiada tempat ingin dituju, mangsa bersetuju untuk dibawa balik ke rumah tumpangan yang dihuni rakan suspek. Mangsa ketika itu bertindak keluar dari rumah ibu saudaranya pada pukul 1 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, kanak-kanak itu yang tidak bersekolah, tinggal bersama ibu saudaranya sejak tiga bulan yang lalu. Tidak berakhir di situ, mangsa kemudiannya diajak melakukan hubungan seks, dan lebih kejam apabila perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh ketiga-tiga suspek secara bergilir-gilir sebelum suspek bertindak meninggalkan mangsa berseorangan di rumah itu.

Ibu saudara mangsa, ketika itu sempat mencari mangsa sebelum dihubungi salah seorang daripada suspek pada pukul 7.40 petang.

Turut diugut

Gambar sekadar hiasan

Suspek turut meminta dan mengugut ibu saudara mangsa, supaya memberikan wang berjumlah RM4,000 sebagai pampasan supaya mangsa dibebaskan. Susulan daripada laporan yang dibuat, pihak polis berjaya memberkas seorang lelaki di hadapan sebuah bank pada pukul 6.30 pagi tadi, ketika cuba ingin mendapatkan wang pampasan tersebut.

Hasil daripada tangkapan yang dibuat, pihak polis berjaya memberkas dua lagi suspek yang lain pada pukul 7 pagi tadi. Pihak polis turut merampas beberapa barangan termasuk kenderaan dan telefon bimbit.

Mangsa kini sedang mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan bagi pemeriksaan lanjut.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Sumber: Utusan

SKIP THIS AD ×