Gara-gara melakukan konten ‘prank’ terhadap individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah, seorang YouTuber cedera parah akibat ditembak.
Artikel Berkaitan: ‘Prank’ Tinggal Anak Seorang Diri Di Pusat Beli-Belah, Isteri Baim Wong Dikecam Lagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengantin Lelaki Dipeluk Erat Oleh ‘Wanita Berpurdah’, Rupa-Rupanya…
Cedera parah di bahagian perut
Memetik laporan Daily Star, YouTuber yang dikenali sebagai Tanner Cook, 21, mengalami kecederaan parah di bahagian perut selepas ditembak ketika melakukan penggambaran bagi saluran YouTubenya di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Dulles Town Center, Virginia.
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 3 April itu disebabkan oleh individu yang bernama Alan Colie, 31, tidak berpuas hati terhadap ‘prank’ yang dilakukan Tanner.
Saya sekadar melakukan ‘prank’ dan bergurau secara ringkas tetapi lelaki itu seakan tidak boleh menerima gurauan tersebut.
Ekoran daripada kejadian itu, Alan kemudiannya ditahan pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan mencederakan dengan niat jahat, menggunakan senjata api untuk melakukan jenayah serta melepaskan tembakan di dalam bangunan.
Sebelum ini, Tanner yang mempunyai sekitar 40,000 pengikut di YouTube itu dilaporkan pernah membuat ‘prank’ muntah di dalam Uber.
Sumber: Daily Star