Baru-baru ini Paula Verhoeven yang merupakan isteri pelakon terkenal dari negara seberang iaitu Baim Wong sekali lagi telah menerima kecaman teruk selepas melakukan ‘prank’ terhadap anak sulungnya.
Artikel Berkaitan: Buat Prank Call, Individu Terkejut Suami Orang Menggatal..Siap Ajak Jumpa!– ‘Kalau Wife Tanya, I Cakap Outstation’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baim Wong Minta Maaf ‘Prank’ Polis, Netizen Muak Asyik Ulang Kesilapan Sama – ‘Esok Demi Konten Buat Lagi’
Hanya ingin melihat reaksi anak
‘Prank’ tersebut dilakukan semasa ibu dan anak itu sedang berkunjung di sebuah pusat beli-belah. Kemudian isteri pelakon drama Benci Bilang Cinta itu meninggalkan anaknya berseorangan lalu berpura-pura ke tandas.
Akan tetapi, dia hanya menyorok sambil melihat telatah anaknya yang berusia lapan tahun itu yang sedang berjalan bersendirian.
Kata Paula hanya berniat mahu melihat reaksi anak lelakinya serta ingin memberikan pengajaran kepada anaknya untuk mengendalikan situasi seperti itu.
Walau bagaimanapun, tindakannya telah mengundang kecaman warganet meskipun ‘prank’ tersebut telah dirancang dan terdapat ramai kru yang menyamar untuk mengawasi Kiano.
Terdahulu, Baim Wong dan isterinya pernah mencetuskan isu yang sama iaitu ‘prank’ terhadap pihak polis tentang keganasan rumah tangga semata-mata demi meraih perhatian penonton di YouTube.
Sumber: YouTube