berita

Padah Tak Pakai Pelitup Muka, 54 Remaja Diarah Renung Kubur Mangsa Covid-19

September 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Jakarta, 54 individu yang ditangkap tidak memakai pelitup muka dihukum merenung kubur mangsa pandemik di kawasan perkuburan Pralayo di Jalan Lingkar Timur Sidoarjo-Jawa Timur.

Ingar arahan

Sumber: TribunMadura

Seramai 54 orang yang ingkar terhadap arahan protokol kesihatan itu terpaksa menjalani hukuman merenung kubur mangsa korban Covid-19 bermula 11.30 malam sehingga jam 12.15 tengah malam.

Menerusi laporan Kompas, individu yang dikenakan hukuman tersebut diminta untuk duduk di sebelah kubur diterangi lampu. Namun, lama kelamaan lampu tersebut akan dipadamkan dan mereka perlu berdoa kepada mangsa yang telah terkorban akibat Covid-19.

Menurut, Ketua Polis Sidoarjo, Pesuruhjaya Sumardji berkata, ia dilakukan sebagai pengajaran kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19.

Hukuman yang dikenakan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Tribun Madura</a

SKIP THIS AD ×