berita

Padah Tukar Jantina, Lelaki ‘Cantik’ Maut Ditembak Abang Sendiri

February 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib yang menimpa seorang lelaki di Iraq selepas dia dipercayai ditembak mati oleh abangnya sendiri berikutan tindakannya yang menjalani pembedahan menukar jantina.

Difahamkan mayat mangsa dijumpai berhampiran kampung Babukhkii.

Artikel Berkaitan: Suami Penggal Kepala Isteri Berusia 17 Tahun, Tergamak Tayang Video Kepada Orang Awam

Artikel Berkaitan: Sering Dikecam Netizen Sejak 5 Tahun Lalu, YouTuber Cantik Nekad Bunuh Diri

Artikel Berkaitan: Ibu Tiri Bunuh Anak 2 Tahun, Sempat Tipu Suami Cakap Anak Tengah Tidur

Ditembak abang sendiri

Foto: Gulf News

Ujar Polis Dohuk di wilayah Kurdistan menerusi laporan Gulf News, mangsa dikenali sebagai Doski Azad, berusia 23 tahun berkhidmat sebagai seorang jurusolek telah dibunuh oleh abangnya sendiri, Chakdar.

Mengulas lebih lanjut, mangsa dipercayai telah dibunuh selepas jarang memuat naik foto ‘perubahannya’ di media sosial.

Kematian mangsa hanya diketahui oleh pihak polis selepas tiga hari dibunuh susulan menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang abang mangsa.

Bagaimanapun, tiada tangkapan yang berjaya dibuat berikutan suspek dikatakan telah melarikan diri ke luar negara.

Menerima ugutan daripada keluarga

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, mangsa dikatakan telah meninggalkan rumah lebih lima tahun yang lalu telah menerima pelbagai ugutan daripada keluarganya berikutan penampilannya sebelum ini.

Walaupun menerima kecaman sedemikian rupa dia tetap meneruskan kehidupan dan bekerja di sebuah salun.

Ujar Pengarah daerah Brendar, keluarga Doski telah memberitahu mengenai pembunuhan mangsa dan memberikan lokasi mayat sebelum ditemui oleh pihak polis.

Sumber: Gulf News

SKIP THIS AD ×