Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Penny Tai telah ditahan oleh pihak polis berikutan dengan tindakannya yang meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.
Suspek diberkas
Menerusi satu video yang dimuatnaik di Youtube RMP TV, memaparkan bukti komen yang pernah ditinggalkan oleh wanita Cina warganegara Singapura dalam satu Live Facebook semasa istiadat angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan yang telah diadakan di Istana Negara baru-baru ini.
Boleh upah pembunuh untuk bunuh Perdana Menteri baru?
Sementara itu, dalam video tersebut juga menunjukkan perbualan langsung bersama Ketua Setiausaha Jabatan Jenayah (JSJ) Selangor iaitu, SAC Dato’ Fadzil Bin Ahmat yang telah mengulas lanjut mengenai penangkapan tersebut.
Nasihat pengguna media sosial
Menurut SAC Fadzil memberitahu suspek yang juga bekerja sebagai pembantu pengurus klinik di Singapura itu langsung tidak mempunyai latar belakang politik. Malah, wanita ini juga dikatakan tidak pernah mengundi. Tambahnya lagi, penangkapan terhadap wanita tersebut telah dilakukan oleh pihak polis sebaik sahaja mereka menerima laporan mengenai tindakan tidak bermoral itu.
Pada 2 Mac 2020 jam lebih kurang 2 petang, seorang perempuan Cina telah ditahan di Ampang Jaya dan pihak kita telah merampas sebuah telefon bimbit miliknya untuk siasatan.
Saya ingin menasihati pengguna-pengguna media sosial di luar sana supaya lebih berhati-hati daam memberikan komen dan pastinya anda akan bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan.
Sumber: Youtube RMP TV