Nama pelakon kacak, Mas Khan menjadi sebutan netizen selepas foto dan videonya melamar ahli perniagaan, Diana Nasimuddin ‘tiada’ di akaun Instagram miliknya. Dah padam? Lebih mencuri tumpuan, kapsyen yang dimuat naik oleh Mas Khan di media sosial didakwa seakan memberi ‘hint’ bahawa hubungan mereka sudah berakhir?
Artikel berkaitan: Mas Khan Kongsi Video Romantis Saat Lamar Diana Nasimuddin Sebagai Isteri, Peminat Teruja!
Tiada alasan
If someone seriously wants to be a part of your life, they will seriously make an effort to be in it. No Reasons, No Excuse.
Menerusi kapsyen Mas Khan, dia menulis sebuah ayat di mana jika seseorang itu serius untuk hidup dengan pasangannya, orang tersebut akan berusaha melakukannya tanpa memberi alasan. Kapsyen tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kekasih hatinya. Bukan itu sahaja, pelakon drama ‘Cindai’ ini turut memadam foto dan video ‘sweet’ dirinya bersama Diana. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, Mas Khan dilihat menutup ruangan komennya. Tiada sebarang komen daripada netizen dapat dilihat menerusi posting berkenaan.
Marry me?
Terdahulu, Mas Khan telah melutut dan menghulurkan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran kepada buah hatinya. Apa yang lebih menarik perhatian lagi, pasangan ini dilihat berpegangan tangan dan menari menikmati momen-momen indah tersebut. Ujar Diana Nasimuddin, bakal suaminya mempunyai hati yang baik, dan begitu mengambil berat mengenai ibunya.
Mas Khan juga dilihat gagal menahan sebak selepas Diana bersetuju untuk berkahwin dengannya dan sekali gus menjadi peneman hidup.
Sumber: Mas Khan