berita

Padan Muka Dapat Balasan Hina Cinta Tak Ada Kaki, Netizen Puas Hati Tonton Babak Dina & Datin Sri Sabrina Kena Tetak Dekat Kaki

May 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Naskhah ‘Jangan Menangis Cinta’ yang kini sedang hangat ditayangkan di sebuah saluran televisyen berjaya mencuri perhatian ramai apabila kesemua watak ‘jahat’ dalam drama tersebut telah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka terhadap Cinta (Sharifah Fathimah Hawra) dan Riyana (Amyra Rosli).

Kaki Dina dipotong

Menerusi episod semalam, seluruh ahli keluarga Nek Tuk (Ku Faridah) telah diserang oleh Jeffri (Rashdan Baba). Jeffri melakukan serangan tersebut gara-gara mahu mendapatkan wang dan membalas dendam terhadap Dina (Rita Nadira). Menurut Jeffri, Nek Tuk dan Datin Sri Sabrina (Khaty Azian) telah bersepakat dengan Dina untuk merosakkan kehidupannya. Oleh itu, ketiga-tiga mereka perlu menerima padah di atas perbuatan tersebut. Namun siapa sangka, Cinta, Datin Sri Raziah (Fadilah Mansor) dan Hariz (Halim Radzi) turut menjadi mangsa Jeffri.

Cinta dan Datin Sri Raziah mengalami kecederaan yang sangat serius dan mereka berdua terpaksa menjalani pembedahan dan dimasukkan ke dalam hospital. Manakala, kaki Dina pula perlu dipotong sepenuhnya selepas ditetak oleh Jeffri. Selepas kejadian ngeri itu, Nek Tuk dan Datin Sri Sabrina telah insaf dan ingin memohon maaf kepada Riyana dan Cinta. Sebagai insan yang dianaiya, Riyana belum dapat memaafkan bekas ibu dan nenek mentuannya.

Mahu papa jaga mama dan adik

Babak Cinta sebelum melakukan pembedahan turut menggangu emosi para penonton. Rata-rata netizen tersentuh apabila Cinta menyuruh ayahnya, Zafran (Remy Ishak) menjaga ibu dan adiknya sekiranya dia meninggal dunia. Ujar Cinta, ramai orang tidak menyukai dirinya kerana tidak mempunyai kaki. Sedih mendengar luahan tersebut, Zafran menempah kaki palsu buat Cinta sempena hari lahirnya.

Dalam episod semalam juga, Cinta cuba untuk mengeratkan semula hubungan di antara ibu dan ayahnya. Meskipun situasi tersebut agak payah, Cinta kelihatan bersungguh-sungguh melakukannya. Riyana pula masih belum menerima hakikat mengenai apa yang terjadi terhadap anaknya itu. Bagi Riyana, 5 tahun membesarkan dua anak tanpa suami di sisi bukanlah suatu perkara yang mudah buat dirinya. Jadi, setiap perbuatan yang dilakukan oleh Zafran dan ahli keluarganya sebelum ini masih bermain di fikiran Riyana.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×