berita

‘Pagi Kelas Online, Petang Pergi Kerja..’ – Budak 11 Tahun Cari Duit Langsai Hutang Bapa

December 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia tidak dapat lari dari ditimpa ujian. Ada di antara kita diuji dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya. Begitulah juga yang dialami oleh kanak-kanak ini apabila terpaksa bekerja demi membayar duit ansuran sewa motosikal milik arwah bapanya.

Kerja demi bayar hutang motosikal

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, kanak-kanak dari Indonesia yang dikenali dengan nama Gilang Sabil Ramadhan tinggal bersama ibu dan tiga adik-beradiknya yang lain. Bapa Gilang yang dahulu bekerja di syarikat perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) telah pun meninggal dunia pada 3 Oktober 2020 lalu disebabkan serangan jantung.

Namun, disebabkan hutang motosikal masih belum dijelaskan maka Gilang terpaksa membanting tulang menjadi penjaga parkir demi melunaskan ansuran motosikal selain membantu menyara kehidupan keluarganya. Difahamkan, sebelum bapanya meninggal dunia, Gilang memang sudah bekerja sebagai penjaga parkir tetapi dia silih berganti apabila bapanya perlu membawa gojek. Tetapi kini Gilang bekerja sendirian.

Kerja jadi penjaga parkir

Menurut sumber, Gilang bimbang motosikal yang digunakan oleh arwah bapanya untuk mencari rezeki sebelum ini diambil semula oleh dealer. Disebabkan itu, dia nekad untuk membantu melunaskan hutang tersebut.

Menurut ibu Gilang iaitu Dewi memberitahu bahawa anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu masih bersekolah dan selepas itu barulah dia keluar bekerja.

Kalau pagi, dia sekolah belajar online sampai pukul 9 hingga 10 pagi, habis itu dia tidur sebentar. Jam 2 dia keluar, kerja parkir sampai pukul 9 malam.

Bukan Gilang sahaja yang bekerja, malah ibunya juga turut mencari nafkah dengan bekerja di warung kopi yang berdekatan dengan rumah mereka, Difahamkan, wang yang diperolehinya hanya mampu menampung keperluan harian dan wifi untuk kegunaan sekolah anak-anaknya.

Sumber: Tribunnews, Padang Kita

SKIP THIS AD ×