berita

‘Pak Cik Ada Hak Untuk Saman Dia’ – Sharnaaz Ahmad

July 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di media sosial, rata-rata rakan artis meluahkan rasa bengang sebaik sahaja mereka melihat satu video viral berhubung tindakan seorang ahli perniagaan terkenal didakwa meninggikan suara terhadap seorang warga emas.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Kot Nak Merendahkan Orang Macam Tu, Sangat Tak Baik…’ – Sherry Ibrahim

Artikel Berkaitan: ‘Masa Muda Dulu Menyesal Tak?’ – Video Lelaki Biadap, Malukan Warga Emas Bikin Netizen Bengang

Terbaru, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut meluahkan perasaannya sebaik sahaja melihat video tersebut.

Pak cik ada hak untuk saman dia

Aku rasa satu Malaysia tahu pasal dia ni. Aku tak tahu apa sumbangannya kepada negara sampai dia boleh cakap macam tu kepada orang. Adakah dia pakar motivasi dan apakah kejayaan dia yang kita perlu banggakan. Kepada pak cik yang dihina di khalayak ramai tu, pak cik ada hak untuk saman dia. Pak cik ambil la Lamborghini dia. Pak cik boleh pakai dan ajak geng pak cik semua pi relax, walaupun keadaan tengah tak elok. Pak cik saman dan kita tengok netizen boleh tolong tak guna lawyer ajar dia. Tak guna maki dan lepas dekat media sosial. Kita lawan guna law biar dia terduduk macam mana pak cik kena.

Umum mengetahui, Sharnaaz merupakan salah seorang selebriti yang dipercayai lantang bersuara apabila membabitkan isu-isu viral yang berlaku di negara ini. Berhubung video viral semalam, Sharnaaz memberitahu bahawa warga emas tersebut boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu. Ini kerana, individu berkenaan didakwa telah memalukan warga emas tersebut di hadapan khalayak ramai.

Biar tak handsome janji beradab

Biar tak handome janji ada adab. Ni dua-dua pun haus.

Di akhir Instagram Story, Sharnaaz memberitahu dia mampu membayar semula wang ahli perniagaan tersebut tiga kali ganda daripada jumlah yang diberikan. Ujar Sharnaaz lagi, ahli perniagaan tersebut perlu belajar mengenai adab terutama membabitkan golongan warga emas.

Sumber: Sharnaaz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×