berita

Pak Cik Jagung Berstatus PR Buat Kecoh & Timbulkan Provokasi, MPS Lapor Polis

July 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai dikasari penguatkuasa ketika berniaga jagung di kaki lima. Berikutan daripada kejadian itu, anak kandung individu terbabit tampil mendedahkan perkara sebenar.

Artikel Berkaitan: Didakwa Dikasari Penguatkuasa Ketika Berniaga, Anak Dedah Cerita Sebenar, Ebit Lew Tampil Bantu

Terbaru, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat laporan polis mengenai seorang penjaja menjual jagung menimbulkan provokasi terhadap anggota penguatkuasa yang bertugas.

Penjaja jagung buat kecoh

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad memaklumkan pihak penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di Pasar Selayang Jaya berikutan dengan aduan yang diterima mengenai penjaja berniaga tanpa lesen. Semasa operasi dijalankan, sebanyak 3 kompaun dan 3 sitaan telah dikenakan kepada penjaja yang terlibat.

Bagaimanapun anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi dari peniaga jagung tersebut semasa tindakan sitaan dilaksanakan.

Tambahnya lagi, penjaja tersebut yang juga merupakan pemegang kad pemastautin tetap (PR) telah menimbulkan kekecohan selain tidak memberikan kerjasama kepada penguatkuasa sepanjang operasi dijalankan.

Penjaja pemegang kad pemastautin tetap

Difahamkan, berdasarkan rekod MPS sebelum ini, individu terbabit sudah beberapa kali dikenakan kompaun, sitaan dan diberi amaran supaya tidak meneruskan aktiviti pernigaan tetapi dia masih berdegil. Pihak MPS akan mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis kerana menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas.

Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) peniaga tersebut tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

Selain itu, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dibuat ke atas individu yang membuat rakaman dan menyebarkan video berkenaan.

Menurutnya , video yang viral itu sedikit sebanyak telah memburukkan imej dan nama baik MPS selain menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×