berita

Jumpa Pak Cik Tua Jual Al-Quran Di RNR, Bila Dapat Tahu Dia Rupanya…

August 25th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami seorang warga emas yang diuji dengan masalah kesempitan wang.

Di Facebook, Nurul Dewan berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang lelaki tua dikenali sebagai Pak Cik Hamid.

Kasih seorang ayah

Kasih seorang ayah. Nurul nak share kisah semalam, Nurul dengan adik beradik bertolak balik ke Shah Alam dari Kedah. Balik kampung melawat mak dan ayah. On the way nak balik Shah Alam, kami singgah di RNR Gurun, masa nak parking kereta Nurul nampak pak cik ni duduk depan parking kereta macam dalam gambar ni. Sayu hati tengok dia. So turun dari kereta tengok dia duduk jual ayat-ayat suci Al quran, dengan keadaan dia yang dah uzur, semput dan nampak sangat tak bermaya tapi dia gagahkan juga untuk berusaha mencari rezeki untuk bawak pulang ke rumah.

Nurul pun beli ayat yang dia jual sambil-sambil tu tanya-tanya keadaaan dia, ”Pakcik duk mana? Makan dah? “ lepas itu dia pon jawab, Pak cik duduk di Pendang nak, makan dah tadi” sambil nafas semput-semput. Allahu sebak sangat tengok. “Jauh pak cik mai sampai sini, sapa hantaq pakcik? ”. Lepas itu, dia kata tak apa aih mai naik moto bukan jalan kaki, anak mai hantaq satgi pukul 9 dia mai ambik pakcik”. Dekat situ pun nampak sangat dia bersyukur dengan apa yang dia ada.

Dalam hati Nurul “Ish sanggup anak dia suruh ayah dia mai duk tunggu sini, dengan keadaan tak sihat macam ni”,tapi untuk kepastian Nurul tanya lagi, anak pakcik umur berapa? Dah kahwin? Lepas tu dia cakap “Anak pakcik umur 25 dah, dia tak kahwin lagi, pakcik ada sorang tu saja anak, dia pon kerja dekat Shell Aloq Setaq, satgi abis keja dia mai la ambik pakcik”, Pakcik nak tolong anak pakcik sebab kesian dekat dia kerja sorang-sorang nak tanggung semua 3 beranak, nak bayaq api, ayaq, makan lagi, jadi pak cik kesian dekat dia”. Anak pakcik pon kalau boleh tak maw pakcik buat keja dah”. Allah, sedih sangat dengar pakcik ni cakap macam tu, bila keadaan memaksa memang tak ada pilihan terpaksa buat juga.

Sebaknya

Bayangkan jauh tau dari Shell Aloq Staq nak mai RNR gurun tu, naik moto pula tu malam-malam, dengan keadaan pakcik ni semput tak sihat. Ya Allah, walaupun dalam keadaan macam tu pakcik tu tetap bersyukur sebab masih ada moto. Anak dia pun anak yang baik, terpaksa buat macam ni demi menampung hidup. Tak semua orang faham keadaan seseorang yang terpaksa buat macam ni.

Jangan hanya tau nak kecam. Nurul tanya lagi, Pak cik dah makan ka ni? “Dah makan tenghari tadi, makan pun tak lalu dah nak, pakcik pun tak tahu nak hidup berapa lama lagi, kasian dekat anak pakcik, jadi pakcik kena tolong dia” Alhamdulillah la kami ni duk harap orang bagi bantuan ja, baju, kasut, seluar semua harap orang bagi ja. Cuma nak kena cari duit juga untuk bayar api, ayaq, makan, pakcik pun tak ada pencen apa”. Sambil cakap, sambil semput. Tak sampai hati nak tanya banyak-banyak.

Nurul minta nombor telefon dia, Alhamdulillah dapat tapi nombor tu macam mati dah. Tak ada line. Sempat la Nurul bagi name kad dekat pakcik tu untuk minta anak dia hubungi. Berlinang air mata sambil dia cerita, memang sebak sangat-sangat. Dalam tempoh Nurul duk sembang-sembang tu alhamdulillah ramai orang yang baik-baik duk singgah bagi duit dekat pakcik ni, semoga murah rezeki kalian yang bantu pakcik ni. Umur dah 72 tahun tapi masih lagi berjuang untuk keluarga. Nama pakcik ni Pakcik Hamid, harap sangat anak dia akan hubungi Nurul. Sebak sangat kami adik beradik tengok keadaan dia, siap bawa penyedut gas lagi dalam poket.

‘Ya Allah, kasihan sangat’

Alhamdulillah Nurul dah berjaya call pakcik hamid. Ni perbualan Nurul dengan pak cik Hamid tadi. Pak cik Hamid pun tak ingat alamat penuh rumah dia. Cuma dia bagi tahu duduk dekat kampung Tolang, Pendang Kedah. So sapa-sapa yang berdekatan boleh la pergi melawat pak cik sekeluarga. No akaun bank pun tak ada, Ya Allah kasihan sangat. Nurul baru teringat semalam pak cik ni kata anak dia pun tak sekolah, belajar pun tak habis jadi memang tak pandai la nak buat semua ni agaknya. Mungkin sebab tu sampai la ni tak ada no akaun bank lagi agaknya.

Jadi kepada yang nak hulurkan bantuan, boleh cari pak cik Hamid dekat detail dekat bawah ni nah.
Alamat: Kampung Tolang, Pendang
No telefon: 019-9032464
Alhamdulillah lega dapat cakap dengan dia, semoga Allah murahkan rezeki kalian yang menghulurkan bantuan untuk keluarga mereka. Nurul hanya perantara perkenalan kalian dan pak cik Hamid, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang Allah hantar orang-orang susah dekat kita bukan untuk menyusahkan kita tetapi mungkin untuk saham akhirat kita. Kalau kita tak dapat bantu dari segi kewangan, berdoa yang baik-baik untuk keluarga pak cik Hamid.

Sumber: Nurul Dewan

SKIP THIS AD ×