berita

‘Pak Cik Yanto Bunuh Mama..’ – Budak 5 Tahun Trauma Lihat Ibu Kandung Dibunuh

November 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adiknya berusia 10 bulan apabila melihat ibu kandung dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui si abang sanggup mendukung adiknya semata-mata tidak mahu dia melihat keadaan tragis ibu mereka. Kejadian ngeri ini berlaku di negara jiran, Indonesia.

Tidur bersama dua orang anak

Menerusi laporan yang dipetik daripada Medan Tribunnews, insiden ngeri itu berlaku ketika mangsa iaitu Titi Handayani yang juga merupakan seorang ibu tunggal itu sedang tidur dengan memakai headset bersama dua orang anaknya di rumah flat tingkat satu.

Namun ketika sedang asyik berehat, tiba-tiba seorang lelaki yang dikenali dengan nama Suyanto telah masuk ke dalam rumah tersebut dan menyerang dan menikam mangsa menggunakan pisau dihadapan kedua-dua anak kecil itu. Walaupun begitu, mangsa dikatakan sempat keluar daripada rumah dan menjerit meminta pertolongan jiran.

Ekoran daripada serangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian leher, kepala, lengan dan beberapa bahagian lain telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Suspek yag menyedari kejadian itu segera melarikan diri dengan melompat dari tingkap belakang rumah terbabit.

‘Om Yanto bunuh mama’

Jiran tetangga yang mendengar jeritan Titi bergegas ke rumah tersebut dan bertanya kepada anak mangsa apakah sebenarnya yang berlaku. Menurut jiran tetangga, anak kecil itu telah ‘menyelamatkan’ dan mendukung adiknya supaya dia tidak melihat kekejaman yang berlaku ke atas arwah ibunya itu. Anak sulung mangsa terus menjawab ‘Om Yanto membunuh mama’.  Oleh hal demikian, mereka segera pergi ke rumah suspek. Tetapi sayangnya suspek tidak berada di rumah sebaliknya hanya isteri, ibu dan adik ipar suspek saya berada di sana.

Bukan itu sahaja, keluarga suspek juga mendakwa langsung tidak tahu mengenai pembunuhan itu. Tetapi penduduk kampung merasa pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan keluarga suspek. Hal ini kerana, sebelum kejadian ada penduduk melihat suspek meninggalkan rumah tersebut.

Selain itu, syak wasangka mereka dikuatkan lagi apabila seluruh penduduk sibuk pergi ke rumah Titi, keluarga suspek langsung tidak keluar rumah seolah-olah tidak ada apa apa yang berlaku.

Lompat dari tingkat satu

Hasil daripada pencarian, penduduk menjumpai satu bantal milik mangsa di belakang rumah tersebut. Mereka percaya bahawa suspek telah melarikan diri dari tingkat satu dengan melompat di atas bantal berkenaan dengan ketinggian 5 meter. Berikutan daripada itu, mereka yakin suspek pasti mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Selain bantal, suspek dipercayai turut mengambil dua kotak rokok dari rumah mangsa. Hal ini diketahui kerana, mereka menemui kotak rokok tersebut berada berdekatan dengan bantal tersebut. Berkemungkinan, kotak rokok tersebut jatuh semasa suspek melompat dari tingkat satu. Difahamkan, tidak lama kemudian suspek akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis. Suspek dikatakan bersembunyi di rumah saudara iparnya.

Motif pembunuhan

Hasil daripada siasatan mendapati motif pembunuhan tersebut adalah disebabkan sakit hati. Ketika disoal, suspek mengakui berlakunya perselisihan faham antara isterinya dan mangsa.

Memang, mangsa dan isteri saya terlibat dalam perselisihan, maka saya meminta maaf kepada mangsa, tetapi sebaliknya dia tidak mahu memaafkan, sebaliknya dia mengucapkan kata-kata kasar yang menyakitkan saya. Sebelumnya saya meminta maaf. Tetapi melihat isteri saya berdebat dengan mangsa, ketika itulah saya bertekad untuk membunuh mangsa.

Sementara itu, pihak polis melaporkan bahawa anak lelaki mangsa yang berusia 5 tahun itu mengalami demam dan masih trauma dengan kejadian menimpa dirinya itu. Bukan itu sahaja, anak kecil itu masih ingat setiap apa yang berlaku dan seringkali memberitahu bahawa ibunya menjadi mangsa pembunuhan. Difahamkan, kedua-dua anak kecil itu kini tinggal bersama bapa kandungnya.

Pihak polis mengatakan bahawa kes ini akan disiasat mengikut Artikel 340 Kanun Jenayah mengenai pembunuhan yang dirancang dengan hukuman mati maksimum.

Sumber: Medan Tribunnews, Sosok Grid

SKIP THIS AD ×