Pemergiannya tidak disangka dan ianya sangat terkesan di hati para sahabat dan peminatnya. Biarpun telah beberapa hari meninggalkan kita, ramai yang masih berduka cita dan bagaikan tidak percaya bahawa mereka tidak lagi dapat mendengar lawak spontan daripada Pak Yus. Malah, kisah kebaikan beliau di dunia ini terus menjadi bualan masyarakat.
Berikutan itu, semalam Juara Parodi telah ditukar kepada program khas, ‘Pak Yus Dalam Kenangan’.