berita

Pakai Baju Nampak Lurah Dada, Netizen Cakap Eyka Farhana Makin Berani

September 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Eyka Farhana mencetus kontroversi apabila tampil dengan aksi seksi dalam sebuah video kempen pakaian dalam dalam sebuah jenama terkenal di Instagram, dua minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Upload Gambar Seksi, Peminat Minta Eyka Farhana Hormat Bulan Ramadan – ‘Postlah Yang Elok Sikit’

Nampak lurah dada

Belum pun reda dengan isu panas itu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Eyka sedang bercuti bersama adiknya, Dyba Farhana dan rakan di Pattaya, Thailand.

Dalam dua keping foto ‘screenshot’, pelakon berumur 27 itu kelihatan mengenakan busana berwarna biru yang seksi sehinggakan menampakkan bahagian lurah dadanya.

Difahamkan, percutian yang turut disertai aktres Emma Maembong itu adalah pada bulan Jun lalu.

Pelbagai respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak terkejut dengan fesyen pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi yang sering menjolok mata.

Namun, ada juga warganet yang mengingatkan agar tidak menyebarkan aib orang lain di samping mendoakan agar pelakon drama Juvana itu mendapat hidayah Allah.

Hasil pemerhatian OhBulan!, video itu pernah dimuat naik oleh Dyba Farhana di Instagram (IG) miliknya.

Sumber: TikTok @sampanbuaya

SKIP THIS AD ×