berita

Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami

October 11th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tribun News

Sebuah majlis perkahwinan di Hubei, China berlangsung pada 30 September lalu, menarik perhatian ramai apabila pengantin perempuan memakai aksesori emas seberat 60 kilogram.

Tindakan pengantin ini bagaimanapun, meraih kritikan dan ‘simpati’ daripada netizen berikutan dia dilihat sukar untuk berjalan berikutan membawa ‘beban’ yang berada di leher dan pergelangan tangannya.

Artikel Berkaitan: Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Demand Hantaran RM141k, Pandai Masak, Belajar Overseas…Serba Boleh!

Pakai emas 60kg

Foto: Tribun News

Lapor Tribun News, pengantin perempuan ini segak mengenakan gaun berwarna putih dipadankan dengan suaminya yang memakai sut hitam. Bagaimanapun, pengantin lelaki terpaksa ‘membongkok’ demi membantu isterinya untuk menanggung beban emas tersebut. Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir turut risau dengan pengantin perempuan ini berikutan kesukarannya untuk berjalan.

Mengulas lebih lanjut, pengantin perempuan ini memakai 60 gelang emas dan setiap satu gelang tersebut dianggarkan mempunyai berat satu kilogram dan pemberian tersebut merupakan hantaran daripada pihak lelaki yang berasal daripada keluarga berada.

Difahamkan, pengantin lelaki ini juga mempunyai kerja tetap dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Menurut kepercayaan, emas adalah simbol kekayaan, melambangkan status seseorang itu dan dipercayai mampu menghalang roh jahat.

Sumber: Tribun News

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×