Sekadar gambar hiasan
Isu mengenai duit hantaran sering kali menjadi perdebatan buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Bahkan, terdapat pelbagai cara yang diguna pakai bagi menentukan jumlah hantaran yang perlu dijelaskan oleh pihak rombongan bakal pengantin lelaki kepada bakal isterinya. Namun, nilai tersebut boleh berubah bergantung kepada budi bicara kedua-dua pihak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, Lelaki ‘Syok’ Dapat Kahwin Dua Gadis Dalam Satu Majlis
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Demand Hantaran RM141k, Pandai Masak, Belajar Overseas…Serba Boleh!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai
Artikel Berkaitan: Kakak Meninggal Dunia Masa Majlis Kahwin, On The Spot Terus Ganti Dengan Adik Pengantin!
Untung dapat suami kaya
Foto: Tangkap layar video
Seperti video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Mr Hq di laman TikTok, memaparkan seorang wanita yang menerima jumlah hantaran yang agak ‘tinggi’ daripada suaminya. Peribahasa seperti bulan jatuh ke riba sesuai digunakan bagi mengambarkan seorang wanita berasal dari negara Indonesia yang dijodohkan dengan seorang lelaki kaya. Memang untung!
Emas 1/2 kilogram, rumah agam tiga tingkat, kereta Toyota Fortuner, duit RM30,000, dan sepersalinan telekung. Dibayar tunai!
Video pendek itu memaparkan seorang jurunikah yang membacakan nilai hantaran yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan disaksikan oleh tetamu-tetamu lain yang hadir. Apa yang lebih mengagumkan lagi, segala pemberian tersebut dibayar secara tunai tanpa berhutang kepada mana-mana pihak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘terkejut’ mendengar jumlah hantaran yang diterima oleh pihak pengantin perempuan dan pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya.
Video penuh:
@hrauliyamSah !! ##MiripItuJodoh ##memoriliburan ##SausageMan? Ijab Qobul – ?Khomsatun Ria Sari?
Respon netizen
Sumber: Mr Hq