berita

Pakai ‘Gelang Putih’ Hadir Pameran, Polis Tahan Lelaki Ingkar Arahan Kuarantin

August 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang memakai gelang putih iaitu satu lagi gelang arahan kuarantin di rumah. Lelaki yang berusia 42 tahun itu dipercayai ingkar arahan kuarantin apabila menghadiri satu pameran di Pusat Konvensyen Setia SPICE di Bayan Baru, semalam.

Perlu jalani ujian saringan kedua

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan New Straits Times, Ketua Polis Daerah Barat Daya iaitu Supt A. A Anbalagan, memaklumkan lelaki tersebut ditahan pada jam 5.45 petang selepas seorang pemilik gerai di pameran berkenaan menyedari gelang putih yang dipakai lelaki tersebut.

Lelaki tersebut ditahan oleh polis bantuan yang bertugas di pameran itu selepas dimaklumkan oleh pemilik gerai berkenaan.

Tambahnya, semakan mendapati lelaki tersebut yang bekerja di sebuah kilang di Kulim, diarah menjalani kuarantin 14 hari di rumah bermula 28 Julai lepas setelah seorang pekerja kilang itu didapati positif COVID-19. Lelaki berkenaan telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang pertama pada 28 Julai dan keputusannya adalah negatif. Susulan daripada itu, dia perlu menjalani ujian saringan kedua pada 10 Ogos ini.

Dikompaun sebanyak RM1000

Sekadar gambar hiasan

Ujar Anbalangan lagi, lelaki itu telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, dan dia akan dikompaun sebanyak RM1,000. Di samping itu, Anbalangan turut meminta orang ramai melaporkan kepada pihak polis sekiranya masih terdapat individu yang memakai gelang kuarantin COVID-19 berada di tempat awam.

Sumber: New Straits Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×