Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memberitahu beliau mengambil berat mengenai tindakan seorang wanita mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.
Tindakan tegas perlu dikenakan
Menurut Idris, isu tersebut membabitkan hukum agama dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada individu terbabit. Katanya lagi, pihaknya sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan memohon untuk membuat siasatan lanjut ke atas individu berkenaan setibanya di tanah air nanti.
Saya juga menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) untuk memastikan sekiranya perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu berkenaan.
Menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas individu berkenaan bagi mengelak lebih banyak kes seumpamanya berlaku. Sejak semalam, viral di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah lelaki.
Salah satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah dan pada masa sama seorang pengguna Twitter mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.
Sumber: Datuk Idris Ahmad