berita

‘Pakai Ja Apa Pun, Asalkan Jangan Bogel’ – Nourul

August 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, seorang wanita berbangsa India telah menegur pengacara terkenal iaitu Mira Filzah, apabila dia memakai pakaian lengkap sari lehenga. Wanita tersebut mendakwa pakaian tradisional tidak seharusnya dipakai bagi tujuan meraih keuntungan.

Artikel berkaitan: Mira Filzah Minta Maaf Pakai Sari

Susulan daripada itu, penyanyi, Nourul turut memberi respon terhadap isu yang sedang diperkatakan itu.

Tak ada kena mengena

Dan kami pun nak letak lah juga soal sari, soal budaya. Kita kan rakyat Malaysia. Ada 3 bangsa. Tiga budaya. Tak salah nak pakai baju bangsa Cina ka, India ka. Tak lupa yang di Sabah dan Sarawak. Ada banyak lagi budaya. (Thanks for reminding puan yang komen di bawah) (menaip masa pi groceries).

Menerusi Instagram Nourul, dia memberitahu bahawa dia teringin untuk memakai pakaian bangsa yang berlainan termasuk pakaian Kadazan, Dusun dan Bidayuh. Tambahnya, bulan kemerdekaan bakal tiba tidak lama lagi dan tidak salah sekiranya dia memakai pakaian tersebut. Ujarnya lagi, memakai pakaian tradisional bangsa lain tidak ada kena mengena dengan mempermainkan budaya sesuatu bangsa tersebut. Malah, ia sebagai tanda hormat buat bangsa tersebut.

Kami ada semua baju

Dekat rumah kami ada semua baju budaya Malaysia. Baju budaya vosgien laki kami ja takdak. Pakai ja apa pun. Asalkan jangan bogel dok melilau sana sini sudah. Kami suka sari!

Di samping itu, Nourul turut memberitahu dia mempunyai semua koleksi pakaian budaya Malaysia. Jelasnya lagi, dia sangat meminati sari dan sudah memakainya sewaktu kecil. Nourul memberitahu dia mempunyai darah keturunan India. Oleh itu, tidak salah baginya jika memakai pakaian tersebut. Selain Nourul, Ernie Zakri turut mempersoalkan mengapa perlu wujud pemikiran cultural appropriation sedangkan kita hidup dalam pelbagai jenis kaum dan bangsa.

Sumber: Nouruldepp

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×