Sejak kebelakangan ini ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan sarung tangan getah ketika keluar membeli barangan keperluan harian. Mereka menggunakan inisiatif ini untuk melindungi diri daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk Covid-19.
Terbaru, Dr. Amalina menerusi Instagram Live bersama Cosmopolitan Malaysia memaklumkan bahawa penggunaan sarung tangan getah di tempat awam adalah kurang digalakkan.
Tidak digalakkan
WHO statement pic.twitter.com/iDspZWe3Sd
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 31, 2020
Menerusi video berdurasi 2:20 saat yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, Shrmla memaparkan Dr. Amalina sedang menjawab soalan mengenai penggunaan sarung tangan getah.
Menurut Dr. Amalina, dia memberitahu bahawa memakai sarung tangan getah di tempat awam seperti di pusat membeli belah adalah tidak disarankan seperti yang pernah dimaklumkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seluruh pakar-pakar Biologi di seluruh dunia.
Pakai hand sanitizer
Tambahnya lagi, seelok-eloknya jika ingin mengelakkan diri daripada terkena sebarang jangkitan maka setiap individu perlu kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% kandungan alkhohol.
Tambahnya lagi, sekiranya seseorang itu memakai sarung tangan getah untuk tempoh masa yang agak lama ianya juga secara tidak langsung akan mendatangkan masalah lain kepada si pemakai.
Sumber: Shrmla, Dr. Amalina