berita

Pakai Sebab Ilmu, Bukan Sebab Diri Cantik – Wanita Ini Tegur Golongan Berpurdah Kerana Trend

June 6th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

niqab header

Jika dilihat di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai jenis fesyen hijab yang menjadi ikutan para wanita. Ada yang shawl dua muka, shawl tanpa pin dan macam-macam lagi. Senang cerita lilit-lilit je dah siap. Namun, apa yang menyedihkan berhijab seolah-olah telah menjadi satu trend kerana tak semua yang betul-betul menutup aurat dengan sempurna.

Tak lupa juga golongan yang ‘berniqab’ hanya untuk meraih perhatian. Ada yang berniqab sebab nak ikut orang, ada juga yang nak ikut trend, yang berniqab sebab malu nak tunjuk muka pun ada?

Pakai bukan sebab perasan diri cantik. Ingat senang ke nak istiqamah?

ws_Arab_Eyes_1280x1024

(Sekadar gambar hiasan)

Sebenarnya dah lama saya perhatikan tentang pemakai purdah ni, gadis remaja lah senang cerita eh. Saya dulu ada lah pasang niat nak pakai sebab saya tengok diorang pakai lawa je tapi bila pakai spec ni haih tak berapa nak cun le pula.

Masa dah masuk uni lagi lah kan tiba-tiba ramai pula yang minat yakni orang-orang yang dah berumah tangga. Cantik sangatkah saya ni? Rata-rata kata mereka sebab saya ni mesra dan ceria, sentiasa kelihatan manis dipandang lebih lagi bila tersenyum. Aduhai masak gitu sebab itu dah memang saya. Maka saya pun rasa mungkin ini sudah masanya untuk saya mengenakan purdah. Acah melindungi diri lah konon.

Dah cuba lah gayakan macam-macam style tapi cuma percubaan dalam bilik sahaja. huhu. Sebelum saya benar nekad, saya tanya ustazah saya yang memang saya kenali dengan perwatakan yang gila-gila dengan kami (kelas kami semua perempuan) tetapi beliau memakai purdah.

“Kamu ingat ustazah pakai sebab ustazah perasan lawa ke? Walaupun ustazah jahitkan purdah untuk kakak ustazah selama 3 tahun, ustazah tak pernah pakai lagi masa tu. Ustazah kaji kitab-kitab belajar hukum-hakam baru ustazah pakai. Ustazah ni nampak je macam ni, gila-gila tapi bab hukum ustazah tegas. Ustazah pakai sebab ilmu bukan sebab perasan diri ni cantik. Kamu ingat senang ke nak istiqamah dengan nak makan dengan keluarga mertua lagi. Sebab ilmu lah ustazah istiqamah”

Kata-kata beliau menyebabkan saya berfikir semula. Beberapa bulan kemudian, salah seorang sahabat saya berhijrah menggunakan purdah. Dia menziarahi saya di uni dan saya lihat pemakaiannya cukup sederhana. Senang cerita, kalau tengok tu tak rasa teruja apa tah lah tertarik nak tengok lagi.

Kini ramai pakai purdah tapi seolah tidak berpurdah, sebenarnya awak pakai purdah sebab apa?

large

(Sekadar gambar hiasan)

Namun, kini terlalu ramai yang pakai purdah tetapi seolah tidak berpurdah. Kan lebih baik guna topeng kalau tak mau wajah dilihat. hehe. Tak ada lah orang pandang serong. Ye idok? Di instagram followersnya saja beribu tetapi yang difollownya ratusan cuma. Gambarnya aduh semanis kurma dicampur madu. Aksi bawah pokok kelapa lah, main pusing-pusing dengan suami lah. Alahai indahnya alam perkahwinan dan berpurdah. Tak kurang yang memuat turun video kemanisan berpurdah. Aduh indahnya.

Sebenarnya awak pakai purdah sebab apa? Taqarrub pada Allah kan? Nak elak pandangan dari ajnabi. Tapi sedarkah awak, awak dah tarik perhatian lebih ramai orang. Pakaian yang terbaik adalah pakaian taqwa. Ya awak memang cantik sampai orang lain pun nak ikut macam awak tapi niat bagaimana? Terlaksanakah nawaitu anda? Selarikah nawaitu dan perilaku anda.

Contoh macam kes saya, sekarang bila ada lelaki yang macam ingin mendekat saya langsung tak senyum sebab saya tahu senyuman saya manis dan menenangkan orang (perasan). Saya kurangkan berkomunikasi dengan ajnabi sebab saya tahu mereka suka dengan cara komunikasi saya. Jadi itulah langkahnya. Kalau saya pakai purdah tapi pakainya cantik menawan walau longgar dan tidak jarang, kemudian pergaulan saya sama seperti biasa maka masalahnya tetap di situ.

Kerana itu, tajdid niat anda. Saya memang suka melihat mereka yang berpurdah dan ingin menjadi seperti mereka tetapi saya belum melihat apakah asbab utama saya untuk memakai purdah. Saya tidak mahu disebabkan saya maka terjadi fitnah kepada golongan pemakai purdah.

Oleh itu, anda berpurdah kerana apa? Salam ramadhan dari saya.

Wassalam.

Jika tidak mahu berniqab, usahlah berniqab kerana sifat kepura-puraan anda itu akan menyebabkan golongan yang berniqab terkena tempiasnya. Kasihanilah mereka yang betul-betul ikhlas kerana Allah.

sumber: iiumc

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×