Mula berhijab sekitar tahun 2015, fesyen tudung labuh yang digayakan Faezah Elai menjadi ikutan ramai. Isteri kepada pengarah drama popular Heykal Hanifah ini juga meluahkan rasa syukur dan menjelaskan tidak perlu mewah untuk tampil cantik.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah yang mengkritik gaya percakapannya yang dikatakan tidak seiring dengan imej. Ini responnya.
Mesej kepada haters
Menerusi satu posting di Instagram, Faezah Elai menjelaskan tudung labuh yang dipakainya bukanlah dengan niat untuk meraih pujian. Dia memilih untuk memakai tudung mengikut syariah kerana selesa dan cuba menjadi seorang muslim yang baik. Walaupun sudah dua tahun membawa imej sebegitu, dia tidak pernah cuba untuk menjadi seorang ikon muslimah.
Dia juga meminta maaf kepada orang ramai jika gaya percakapannya dalam dialek utara dirasakan agak kasar. Dia meminta maaf jika ada perkataan yang mengguris hati para pengikutnya di media sosial. Selain itu, Faezah Elai juga berbangga membesar sebagai budak flat di Pulau Pinang.
‘Orang utara memang cakap kasar’
Netizen turut menyokong kenyataan Faezah Elai dan menasihatinya supaya tidak mengendahkan kritikan yang diberikan.
Sumber : Faezah Elai