berita

Pakaian Terbakar Gara-Gara Lilin, Maya Karin Kongsi Foto Di Instagram

December 21st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pelakon terkenal Maya Karin telah berkongsi detik cemas apabila pakaiannya disambar api lilin hiasan di dalam bilik persalinan.

Maya telah memuat naik gambar pakaiannya yang sudah terbakar melalui akaun Instagram.

Jangan campak baju dekat lilin!

Gambar tersebut menunjukkan keadaan bilik persalinan itu penuh dengan asap dan cebisan seluar jean yang terbakar. Maya menyedari pakaiannya terbakar sebaik sahaja kembali untuk menukar baju.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata dia mendapat pengajaran disebabkan kejadian itu.

Sekali tu saya ada buat kerja sebagai pengacara majlis. Saya perlu tukar baju dengan cepat di bilik persalinan.

Pihak penganjur pula hias bilik secantiknya dengan meletakkan bunga dan lilin dalam bilik itu. Apabila habis kerja nak tukar baju balik macam ini keadaannya.

Pengajarannya, jangan campak baju dekat lilin!

Baju sponsor ke?

Rata-rata netizen menasihati Maya supaya lebih berhati-hati, ada juga yang menganggapnya lucu.

Sumber: mStar OnlineMaya Karin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×