berita

Pakar Dedah Ais Bantu Kurangkan Selera Makan

December 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Food craving atau mengidam bermaksud keinginan untuk makan makanan tertentu, bukan disebabkan rasa lapar. Kebiasaannya seseorang itu akan mengidam makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk amalkan diet yang sihat.

Antara faktor seseorang mudah mengidam ialah kandungan gula dalam darah rendah, badan letih dan kurang tidur, hormon yang tidak seimbang, diet yang terlalu extreme serta faktor psikologi seperti stress.

Gosok ais di pergelangan tangan

Setiap orang akan mengalami cravings yang berbeza dan sesetengah pakar percaya bahawa food cravings cuma bertahan selama tiga hingga lima minit sahaja.

Keadaan ini semakin terasa apabila seseorang mengalami tekanan atau apa-apa masalah berkaitan dengan emosi.

Menurut pakar Psikologi Behaviorisme, Jo Hemmings, simptom cravings dapat dicegah dengan penggunaan ais.

Satu kawasan dalam tubuh manusia yang dinamakan reward centre akan menghantar mesej sehingga timbulnya keinginan atau craving menyebabkan anda tak mampu melawan keinginan untuk makan.

Untuk melawan rasa itu, cuba gosokkan ais di pergelangan tangan, ia sebenarnya boleh mengurangkan selera dan keinginan.

Jo yang juga mahir dalam bidang analisa media dan selebriti, sering dijemput ke program televisyen seperti Good Morning Britain dan BBC untuk bercakap mengenai kesihatan dan psikologi.

Beliau berkongsi tip dan penjelasan tentang cara menghentikan food cravings bersempena musim perayaan Hari Natal tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, ia akan menjadi cabaran buat individu untuk mengawal selera makan lebih-lebih lagi dengan pelbagai jenis juadah sempena Krismas.

Sumber: MStarWeb MD

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×