berita

Pakar Dedah Covid-19 Merupakan Virus Buatan Berasal Dari Makmal Di Wuhan?

September 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pandemik Covid-19 mengorbankan hampir 1 juta kematian di seluruh dunia. Virus ini mudah tersebar melalui udara dan sentuhan. Namun, sehingga kini masih tiada vaksin yang mampu melawan virus ini dan ia membimbangkan semua pihak.

Terdapat banyak kajian dan konspirasi mengenai kewujudan virus ini, terkini seorang pakar virologi, Dr Li Meng-Yan bakal mendedahkan data saintifik bagi membuktikan bahawa Covid-19 berasal dari makmal di Wuhan,China.

Covid-19 berasal dari makmal China

Foto: Wion News

Menurut Dr Li, virus Covid-19 bukan virus semula jadi tetapi ia merupakan virus buatan yang dibuat di makmal Wuhan. Pasar Wuhan hanya dijadikan sebagai ‘wayang’ oleh kerajaan dan menyalahkan pasar tersebut setelah munculnya virus Covid-19.

Menerusi wawancara video, beliau memberitahu virus Covid-19 adalah virus buatan yang dibuat di makmal Wuhan dan makmal tersebut dikendalikan oleh pemerintah China.

Semasa melakukan siasatan terhadap Pneumonia di Wuhan, beliau berpeluang untuk mengetahui mengenai virus Covid-19, namun tiada respon yang diterima dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) apabila dia melaporkan mengenai kewujudan virus tersebut.

Pegawai China hanya bertindak mengabaikan amarannya walaupun sedar virus tersebut merupakan ancaman terbesar yang bakal dihadapi satu dunia.
class=”article-text”>

Diancam pegawai China

Gambar sekadar hiasan

Dr Li kini terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat setelah diancam oleh Pegawai China akibat tindakannya memberitahu dunia mengenai virus ini. Beliau juga mendakwa pihak berkuasa China kini menggunakan orang lain untuk menyebarkan khabar angin mengenainya dan memadam semua maklumatnya.

Kini, beliau sedang bersembunyi di Amerika Syarikat kerana risaukan keselamatannya setelah dilabel sebagai pemberi maklumat rahsia kepada dunia.

Semoga pandemik Covid-19 ini dapat diselesaikan dengan segara. Kita sebagai rakyat harus bekerjasama dalam memutuskan rantaian Covid-19 dengan patuh dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sumber: Wion News

SKIP THIS AD ×