Mungkin bagi individu yang ingin berkahwin tapi belum ditemukan jodoh akan merasakan segalanya sulit. Tetapi kita haruslah bersangka baik kepada Allah dan yakin bahawa setiap kesulitan itu pasti akan dipermudahkan.
Seperti kisah yang dikongsi lelaki ini, dia dah bersedia nak kahwin tapi calon pula tak ada. Sanggup beranikan diri menyunting anak dara orang direct melalui bapa isteri sendiri. Haa macam tu la! Bercinta selepas kahwin ni indah katanya. Sweet!
Cuba cari calon isteri di UKM tapi semua macam tak ada yang suka
Cerita #UstazTido tackle pelajar umur 19 tahun jadi isteri.
Saja lah cerita. Mudah-mudahan jadi iktibar pada anak muda. Masa saya belajar kat UKM. Sy ni pandai cari duit. Berniaga. Macam-macam sebab nak survive hidup di UKM Bangi. Keluarga susah. Kadang-kadang saya buat program motivasi pelajar kadang-kadang saya jual air kotak. Jual hp. Jam. Murtagi. Buat sewa kereta. Macam-macam lagi laa. Banyak jugak duit saya masa tu. Haha. Maklumlah otak berniaga. Ada orang kata lelaki ni kalau ada duit dia akan fikir nak kawin. Kalau yang dah kawin banyak duit dia nak tambah satu lagi. Orang kata laa. Hehe. Tapi saya setia yang satu cewahh. Amiiin
Saya pun cari juga calon-calon di UKM. Semua orang macam tak suka saya sebab orang kata sombong. Muka susah senyum. Poyo. Macam-macam laa. Saya memang susah nak berkawan dengan perempuan di UKM dulu. Tak biasa. Sampai lah saya rasa macam tak ada can lagi nak kawin dengan budak-budak UKM.
2010 saya keluar 40 hari ikut dakwah tabligh dengan satu jemaah daripada bandar baru bangi. Saya pun keluarlah dengan jemaah tu. Dalam jemaah tu ramai orang-orang senior. Saya kenal dengan sorang pakcik ni nama dia Hj Aris. Dia ni saya banyak terkesan dengan dia. Banyak sangat saya belajar dengan dia. Cara bercakap dengan orang tua, cara cakap dengan orang muda, akhlak, ilmu berniaga. Dia ni ahli perniagaan. Ada 3 restoren di Bangi, Subang Jaya dan Putrajaya. Orang kaya jugak pakcik ni. Saya pun bersafarlah dengan dia. Rapat. Lepas habis keluar 40hari semua still contact dengan dia.
Beranikan diri sunting anak dara salah seorang jemaah tabligh
Selepas beberapa tahun pastu kami jumpa di perhimpunan pelajar-pelajar UKM di Kolej Keris Mas. Masa tu pakcik Aris ni makan satu talam dengan saya. Lepas habis makan saya pun bagitau pada pakcik ni,
“Pakcik.. Saya sebenarnya nak nikah. Tapi saya masih tak ada calon.. Pakcik ada kenal mana-mana orang bangi yang nak kawinkan anak nya? Pakcik ada ke anak perempuan?” Hehe saya beranikan diri..
“Pakcik ada 2 orang anak perempuan yang belajar madrasah. 1 umur 16 satu lagi 18 tahun”
Saya pun beranikan diri.”Boleh tak pakcik saya nak tengok anak pakcik yang 18 tahun tu?”
Malunyaa masa tu. Tapi bagi saya gentle laa kan nak anak orang. Haha. Pakcik tu kata “Nanti pakcik mesyuarat dulu dengan makcik” Alhamdulillah selepas beberapa hari pakcik Aris call bagitau boleh datang rumah bawa abang dan akak ipar tengok anak pakcik. Allahu masa tu berdebar rasanya. MasyaAllah rupanya cara islam tu indah. Datang tengok kat rumah. Tengok bakal isteri kita. Berbual di rumah depan mak ayah dia. Barulah nampak harga diri wanita tu mahal. Malangnya hari ni budak-budak perempuan sekarang orang boleh ambil no phone. Ambik fb. Berbual. Mana mahalnya nilai wanita. Semoga Allah ampunkan dosa kita.
Malam tu saya pun tengok laa bakal isteri saya. Allahu. Masa tu sangat berdebar. Si dia pun buka purdahnya. Dan saya lihat dan berbual dengannya di hadapan pakcik Aris dan mamanya. Kami berbual tanya beberapa soalan yang penting. “Saya ni kerjanya berceramah lelaki perempuan. Kadang2 client (cikgu) perempuan awak ok ke?” Angguk je..
“Kadang-kadang saya tinggalkan awak lama. 4 bulan 40 hari seminggu program jauh-jauh awak okeh ke?” Angguk jugak.. Saya pun kata baiklah kita sama-sama istikhoroh. Kalau baik Allah temukan kita lagi. Kalau bukan jodoh minta Allah letakkan halangan.
Selepas seminggu alhamdulillah. Kedua-dua pihak bersetuju. Sebenarnya hari pertama tengok pun dah setuju hahaha. Gurau jee. Syukur. Kami dinikah kan selepas 1 tahun lebih semasa umur nya 19 tahun dan masa tu saya 23 tahun.
Saya sangat bertuah dan beruntung dapat isteri sepertinya
MasyaAllah. Kami tak pernah kenal dia sebelum tu. Tak pernah tengok muka dia sebelum tu. Saya dapat tahu bahawa isteri saya ni abg ipar dia pun tak pernah tengok muka dia. YaAllah saya rasa sangat bertuah dan beruntung dapat isteri sepertinya. Benda paling saya syukur dalam hidup saya ada beberapa perkara, pertama sekali saya lahir islam. Kedua Allah bagi saya ibu bapa yang banyak berkorban untuk saya berjaya sampai dia korbankan hidupnya. Ketiga saya dapat isteri saya sekarang ni yang paling terbaik. Saya balik daripada England lepas tinggalkan isteri saya 10 hari. Balik saya baca hadith Nabi saw sama-sama lepas solat maghrib. Lepas habis baca hadith saya pegang tangan isteri saya. Saya bagitau isteri saya “Terima kasih sebab sudi jadi isteri abg sampai sekarang. Abg nak tangan yg abg pegang ni abg pegang juga dalam syurga. Abg nak bawa awak dalam syurga dengan keluarga kita. Terima kasih kerana sama-sama berkorban ditinggalkan kerana Allah selama ni. Gosokkan baju abg. Kemaskan barang abg untuk outstation. Terima kasih. Abg sayang awak kerana Allah” Isteri saya bergenang air mata..
Saya pernah tengok isteri saya penat sangat satu hari tu. Saya pun kata “Meh awak. Saya bantu awak sidai baju” “Tak apa awak rehat saya kemaskan mainan yg Bakar sepahkan”
Lepas habis buat kerja isteri saya ambil tangan saya kata, “abg terima kasih selalu bantu sy. Abg suami terbaik saya dalam dunia.” Rupanya tahap sayang isteri kita sangat tinggi bila kita banyak bantu dia dalam kerja-kerja rumah. Betullah. Arwah mak selalu pesan kat abg2 saya yang nak kawin dulu. Saya teringatlah masa tu kecik lagi. Mak kata “Jangan semua benda isteri kita buat. Tapi kita bantu laa dia buat kerja-kerja rumah tengok macam ayah kau tu”
Kalau nak tengok Allah tambah rezeki kita, kahwinlah…
Seronoknya kami berkenalan dan bercinta sayang menyanyi rindu merindui antara satu sama lain selepas bernikah. Indahnya tak terkata. Pahit manis susah senang selepas kawin sangat nikmat yg buat kami menangis bersyukur. Lagi sayu. Perghh. Kalau nak tengok Allah tambah rezeki kita. Kawinlah. Mencurah curah Allah bagi rezeki. Masa saya nak kawin ada orang sponsor RM5000. Mudah gitu je. Iaitu abg Sheikh Syukairy Al-Habib Engineer Oil & Gas orang kaya bangi. Terima kasih abg!!
Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Semua nikmat ni. Terlalu banyak. Terima kasih sebab bagi kami suami. Bagi kami isteri. Maafkan kami kalau kami tak buat terbaik untuk pasangan kami. Maafkan kami. Ya Allah anak-anak muda hari ni. Berilah mereka kemudahan untuk bernikah. Ya Allah hindarkanlah anak muda kami berzina. Bercouple. Bercinta dengan cara yang haram. Tunjuklah kami apa yang patut kami buat. Bukakanlah pintu hati kami sebagai ibu bapa untuk benarkan anak-anak kami mudahkan anak-anak kami untuk bernikah secara halal cara nabi saw.. Amiiin
Nota kaki : Anak muda jangan tekel anak. Kalau berani tekel la ayah dia. Amacam? Ada beran? Share sebanyak mungkin biar anak kita tahu bercinta yg sebenar selepas kahwin..
Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
#StoryUstazTido
sumber: Khailil Razak