berita

Pakcik Ini Sanggup Naik Bas Lebih 30km & Apa Yang Dilakukannya Ini Pasti Buat Hati Anda Sebak

March 23rd, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

amekPakcik ini sering kelihatan di terminal bas dan teksi Melaka Sentral. Niatnya hanya satu, iaitu untuk berjumpa kanak-kanak dan menghulurkan wang sedekah. Ini sudah menjadi rutin buat Mohd Ramli Hassan sejak 23 tahun lalu.

Pak Cik Ramli yang berusia 60 tahun sanggup menaiki bas dari rumahnya di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah sejauh 31.3km untuk ke Melaka Sentral setiap hari. Semata-mata untuk menunaikan hasrat murninya. 

Hilang rasa sunyi pakcik. Screen Shot 2017-03-23 at 15.47.33

Walaupun Pak Cik Ramli tidak mempunyai pendapatan tetap, itu bukan penghalang baginya untuk menghulurkan sedekah buat kanak-kanak yang ditemui bersama ibubapa mereka di terminal terbabit. Biarlah sedikit, asalkan ikhlas.

Saya lakukan semua ini kerana sunyi sebab tak ada anak. Saya pernah berkahwin selama 12 tahun namun berpisah pada 1999 tanpa dikurniakan anak.

Sebab itulah sejak 1994 lagi, hampir setiap hari saya akan mencari ibu bapa membawa kanak-kanak dan sedekahkan sedikit wang untuk hilangkan rasa sunyi.

Tersentuh hati admin dengan kisah Pak Cik Ramli. Moga jadi inspirasi untuk kita.

Kredit : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×