berita

‘Pakcik Meniaga Dekat Sini Jual Air Kelapa, Isteri Kat Rumah Jaga Cucu…’

February 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aida, menceritakan pengalamannya membeli air kelapa daripada seorang peniaga di tepi jalan menerusi satu thread ringkas. Namun, apa yang menyedihkan apabila melihat keadaan fizikal peniaga itu yang sudah tua dan umurnya telah mencecah 80 tahun tetapi tetap perlu bekerja demi mencari rezeki buat keluarganya. 

Suami meniaga, isteri di rumah jaga cucu

Jelas gadis ini, tujuannya untuk berkongsi kisah warga emas ini bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak bahkan ia dapat dijadikan pengajaran buat semua orang. Kisahnya bermula, apabila dia sudah beberapa kali menjadi pelanggan kepada warga emas ini yang menjual air kelapa menggunakan lorinya di tepi jalan.

Pada masa yang sama, gadis ini turut perasan warga emas ini berulang kali memakai baju yang sama yang kelihatan sudah lusuh. Jelas gadis ini lagi, isteri kepada warga emas ini berada di rumah sedang menjaga cucu-cucunya manakala dia membanting tulang dengan meniaga.

Prihatin dengan apa yang telah terjadi, gadis ini menghadiahkan warga emas ini banting yang boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan warga emas ini.

Tak kenal pun

Pada masa yang sama, gadis ini turut menceritakan dia sama sekali tidak mengenali warga emas ini dan niatnya untuk menegur hanya ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh warga emas ini. Tidak berakhir di situ, dia juga menggambarkan warga emas itu sebagai datuknya sendiri yang mempunyai iras yang sama dengan wajahnya.

Bahkan, gadis ini juga sempat memberikan sedikit duit buat warga emas itu. reaksi warga emas ketika itu berjaya membuatkan warganet berasa sebak. Tambahan pula, jelas gadis ini thread yang dibuat olehnya bukan ingin mengaibkan mana-mana pihak tetapi hanya ikhlas ingin membantu warga emas itu.

Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok orang tua kena hadap benda mcm ni.

Sedekah untuk pakcik

Di hujung thread tersebut, gadis ini sempat memberikan sumbangan buat warga emas ini. Reaksi warga emas ketika itu, berasa sebak dan terharu menerima sumbangan tersebut. Pada masa yang sama, dia (warga emas) turut mendoakan supaya pemberi sumbangan itu dimurahkan rezeki.

Respon ahli keluarga warga emas

Susulan daripada video warga emas ini yang tular semalam, saudara kepada warga emas ini yang dikenali sebagai Balqis tampil menceritakan perkara sebenar di sebalik video tersebut bagi mengelakkan berlakunya salah faham terhadap warga emas itu.

Jelas gadis ini, warga emas yang disapa dengan panggilan Atok Long merupakan seorang yang rajin bekerja dan turut mempunyai perniagaan yang lain. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perniagaan tersebut tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Bahkan, Atok Long disifatkan sebagai seorang yang ‘degil’ di mana anaknya yang lain sudah melarang dia daripada melakukan sebarang pekerjaan, namun atas sikap kegigihan dia yang rajin bekerja membuatkan dia tidak boleh duduk sahaja.

Tambahan pula, gadisi ini turut menceritakan warga emas ini sama sekali tidak memerlukan sebarang bantuan kerana anaknya masih mampu menanggung kedua ibu bapanya. Pada masa yang sama, dia turut berharap agar netizen tidak terus membuat speklulasi sendiri yang boleh menimbulkan fitnah.

Sumber: Aida& Balqis

SKIP THIS AD ×