Sebentar tadi menerusi Utusan Malaysia, komposer yang terkenal dengan lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih popular dengan nama Pak Ngah telah meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira jam 3.02 petang tadi.
Anak enggan beri ulasan lanjut
Allahyarham Pakngah (kanan) bersama Dato’ Siti Nurhaliza
Penyanyi, Noraniza Idris berkata dia dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak lelaki komposer itu, Megat. Sementara itu, anak Allahyarham Pak Ngah yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, enggan memberi sebarang komen atau ulasan. Rina juga meminta kerjasama semua pihak agar memberi ruang kepada dia dan seluruh ahli keluarga untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Sumber: Twitter Utusan