berita

Paksa Diri Walau Demam, Rabecca Alami Kemalangan Kecil Dengan BMW Barunya

March 12th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Rebecca

Semalam, peminat pelakon cantik manis, Rebecca Nur Al-Islam pasti terkejut dengan foto yang dimuat naik olehnya di laman sosial Instagram.

Menerusi laman sosial tersebut, Rabecca telah menulis status yang berbunyi ‘Ini dia, bila demam degil jugak nak drive sendiri, oh my baby, sorry’, dan disertakan dengan gambar kenderaan jenis BMW yang sudah calar akibat kemalangan kecil.

Tidak dapat dipastikan samada Rabecca mengalami kecederaan teruk atau pun tidak, namun, menerusi status yang sama, pelakon ini memberitahu keadaannya kini baik-baik sahaja.

Rebecca

Menurut pelakon drama Jangan Tegur ini, kejadian itu berlaku akibat pening yang dialami ketika memandu dan menyebabkan kereta tersebut melanggar pembahagi jalan.

Mengetahui keadaan itu, rata-rata peminatnya menasihatkan Rabecca supaya berehat dirumah dan tidak memandu kerana keadaannya yang kurang sihat. Bagaimanapun, peminatnya tetap bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Apa-apa pun, nasihat kami kepada Rabecca dan pembaca setia OHBULAN!, berhati-hatilah dijalan raya. Maklum saja, keadaan jerebu dan cuaca yang tidak berapa baik boleh mengundang padah.

Selain berwaspada ketika memandu, jagalah kesihatan dan banyakkan minum air supaya kesihatan tubuh badan tidak terjejas dek suhu panas yang melanda negara kita sekarang ini.

SKIP THIS AD ×