berita

Paksa Isteri Lakukan Seks & Ugut Nak Tikam Perut, Lelaki Dipenjara 8 Bulan

October 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang lelaki yang memaksa isterinya mengadakan hubungan seks dengannya serta mengugut untuk menikam wanita itu akhirnya membawa padah apabila dia akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan.

Artikel Berkaitan: Tolak Ajakan Rakan Suami Lakukan Seks, Wanita Dibunuh & Mayat Dibuang Di Tebing Sungai

Paksa isteri lakukan seks, ugut nak tikam

Foto: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, tindakan tersebut dilakukan tertuduh iaitu Mohd. Faidros Mustafa berusia 41 tahun pada 9 Mei lalu sekitar 9 malam dalam kejadian di Balai Panjang, Melaka. Tertuduh bukan sahaja memaksa mangsa, Rohani Mohamed Kassim, 32, untuk melakukan hubungan seks dan mengugut mahu menikam perut mangsa, malah dia juga memaksa isterinya itu untuk mengambil dadah jenis syabu.

Susulan daripada itu, lelaki terbabit telah dituduh mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun. Walau bagaimanapun, tertuduh merayu agar hukuman dikurangkan memandangkan dia mahu menanggung dua anaknya yang masih bersekolah serta ibu bapanya.

Oleh hal demikian, Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kepada tertuduh yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×