Di Twitter, seorang wanita kongsi kisah ibu bapanya disihir individu disyaki kenalan terdekat. Lebih menyedihkan, individu yang melakukan perbuatan tersebut didakwa sengaja ingin meruntuhkan rumah tangga ibu bapanya.
Ada ribbon merah dekat tangan
Menurut Liyana, kisah tersebut bermula apabila ibunya mengalami mimpi ‘pelik’ dan terdapat ribbon merah di tangan ibunya selepas terjaga daripada tidur. Tambahnya lagi, pelbagai kejadian aneh turut berlaku pada masa tersebut. Sebagai contoh, terdapat telur ayam di tangki air rumahnya. Manakala, badan ibunya turut mengalami gatal-gatal.
Rendam kaki dengan garam dan limau purut
Sakit badan yang teruk
Liyana turut memberitahu mereka sekeluarga sudah berikhtiar dan mencuba pelbagai rawatan. Ujarnya lagi, ibunya berkelakuan aneh seperti menjerit, menangis dan ketawa sewaktu melakukan rawatan. Menurut pakar perubatan, individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu telah meletakkan ‘sesuatu’ di depan rumah mereka.
Nak buat mama abah gaduh
Busuk hati macam budak-budak
Meskipun sudah menerima pelbagai rawatan, Liyana memberitahu keadaan ibunya masih sama. Malah, bapanya turut berkelakuan aneh seperti terkena buatan juga. Di akhir perkongsian, wanita ini memohon doa orang ramai agar ibu dan ayahnya kembali sihat.
Sumber: Liyana Yasmina