berita

Paling Tinggi Dalam Sejarah, Catat 287 Kes Positif Dengan 2 Kluster Baharu

October 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa kes baharu Covid-19 bagi hari ini mencatatkan 287 angka.

Kes tertinggi di Malaysia

Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes baharu yang dicatatkan merupakan kes tertinggi di Malaysia setakat ini. Negeri Kedah mencatatkan sebanyak 129 kes, Sabah 113 kes dan Selangor 31 kes. Jumlah kes aktif di Malaysia mencatatkan sebanyak 1,540 kes manakala kes sembuh 81 kes.

Kluster aktif

Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia

Terdapat tiga kluster aktif yang wujud melibatkan tiga buah negeri iaitu Sabah, Selangor dan Kedah. Di Sabah terdapat empat kluster aktif iaitu Kluster Benteng LD, Kluster Bangau-Bangau, Kluster Pulau dan Kluster Laut. Sabah kini mencatatkan 1,385 kes aktif.

Bagi Kedah, kluster yang aktif merupakan Kluster Tembok yang mencatatkan 220 kes. Manakala, Selangor terdapat tiga kluster aktif iaitu Kluster Seri Anggerik, Kluster Seri Setia dan Kluster Jalan Meru yang mencatatkan sebanyak 27 kes.

Muncul kluster baharu

Gambar sekadar hiasan

Pihak KKM turut memaklumkan wujudnya dua kluster baharu di Selangor iaitu Seri Anggerik yang datang dari Hulu Selangor dan Seri Setia dari Gombak. Bagi hari ini, tiada kematian dicatatkan.

Rakyat digesa untuk terus patuh dengan setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 #KitaMestiMenang #KitaJagaKita.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×