berita

Pameran E-Sukan Dapat Sambutan Hangat, Beri Peluang Pengunjung Merasa Jadi ‘Gamer’

December 11th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung dari Khamis lalu terus mendapat sambutan hangat dari pengunjung sehingga ke hari ini!

Antara booth yang paling menjadi tumpuan ialah booth e-sukan!

Penuh sejurus buka, pameran e-sukan terus dipenuhi pengunjung khususnya berusia bawah 25 tahun untuk merasai sendiri pengalaman memegang console ketika berlumba kereta dan permainan stimulator.

Terdapat juga pertandingan e-sukan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM40,000!

Kredit foto: Saifullizan Tamadi/Harian Metro

E- sukan sememangnya sudah lama diperkenalkan di Malaysia namun masih ada lagi yang menganggap yang e-sukan hanya sekadar permainan video semata-mata.

Menurut Pengurus Projek Kejohanan E-Sport Program 100 Hari AKM Nurul Aina Nor Azmi, mereka juga memberikan penerangan yang lebih lanjut dan mendalam mengenai e-sukan dan peluang yang boleh diceburi untuk dijadikan karier.

Mereka juga menganjurkan pertandingan e-sukan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM40,000 menanti para pengunjung!

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk dapatkan lebih maklumat mengenai kesihatan mental

Kredit Foto: malakattribunenews

Program 100 Hari AKM ini juga menyediakan 100 ruang pameran daripada kementerian, agensi dan syarikat swasta lain dengan pelbagai acara menarik.

Menurut Ketua Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan, Keganasan dan Penyalahgunaan Substans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Nurashikin Ibrahim, ruang pameran kementerian itu menerima sambutan daripada pengunjung yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesihatan dan langkah pencegahan serta rawatan.

Beberapa kaunter saringan kesihatan serta khidmat nasihat kesihatan juga dibuka untuk pengunjung mendapatkan maklumat lanjut.

Bukan itu sahaja, di ruang pameran KKM juga terdapat kaunter MySejahtera dimana pengunjung yang menghadapi masalah aplikasi atau inginkan maklumat lanjut boleh ke kaunter tersebut.

“Program ini memudahkan dimana ia menjadi satu tempat yang mempunyai pelbagai maklumat”

Pengunjung, Muhammad Danniel Hakim Jamaludin, 18, teruja apabila berpeluang menyertai pelbagai acara yang dianjurkan kementerian dan agensi pempamer.

Katanya, program ini adalah platform yang memudahkan orang ramai khususnya golongan muda mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerajaan dan kementerian berkaitan.

Petugas Motac bantu beri penjelasan yang sangat jelas

Kredit Foto: Utusan TV

Bagi pesara swasta, Faizal Alias, 56, dia berpeluang mendapatkan maklumat lebih jelas inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) khususnya selepas pandemik Covid-19.

Katanya, maklumat yang diberikan petugas Motac jelas dan membantu pengunjung mendapat infomasi terkini kementerian.

“Saya berpuas hati dengan penerangan diberikan khususnya berkaitan pelancongan dalam negeri dan bagaimana untuk memilih pemandu pelancong bertauliah.

Beliau berharap agar kempen pelancongan dalam negara kini perlu dirancakkan agar dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara ini.

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×