berita

‘Pandai Dorang Pilih Destinasi Pelancongan’ – Exco Pertanian Melaka Dedah Babi Hutan Berenang Dari Sumatera

September 5th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kemunculan babi hutan yang keluar dari semak berhampiran kawasan Kampung Bukit Durian menimbulkan kebimbangan orang ramai. Malah kehadiran binatang itu menyebabkan kawasan rumah menjadi kotor dan mengancam keselamatan penduduk kampung.

Terbaru, Exco Pertanian Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee mendedahkan babi hutan yang muncul itu adalah berasal dari Indonesia.

Babi hutan di bandar hilir pada Februari lalu

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=rXnZ9tW3m7w

Exco Pertanian Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee mendedahkan Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia.

Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah.

Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia. Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain.

Menurut Norhizam, dia kecewa kerana populasi haiwan itu semakin meningkat di negeri itu kerana haiwan itu kini berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka.

Babi hutan berenang dari Indonesia

Populasi babi hutan di Pulau Besar juga mampu untuk mengatasi jumlah populasi penduduk sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Menurutnya lagi, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka kini sedang menjalankan program untuk menghapuskan sejumlah besar babi hutan di negeri itu.

Untuk membanteras masalah itu, Jabatan Perhilitan membawa masuk tiga penembak tepat untuk menyelamatkan Pulau Besar.

Respon netizen

Luar biasa pemikiran

Sumber : Malaysia Kini

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×