
Pelakon, Nora Danish menyorot perhatian apabila pandangannya mengenai isu kesalahan dan istiqamah tular di media sosial sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Kongsi Pesanan Neelofa – ‘Selalu Doa Nak Masuk Syurga Allah’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Teruja Sambut Puasa Pertama Di Tanah Suci – ‘Dapat Tunai Umrah Ketika Saya Benar Memerlukan’
Kesalahan dan istiqamah

Menerusi perkongsian di Threads, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 44, menzahirkan persoalan berkaitan kecenderungan orang ramai yang sering mengaitkan kesalahan seseorang dengan kegagalan dalam istiqamah.
Kenapa bila kesalahan yang kita lakukan mesti dikaitkan dengan jalan kita istiqamah? Kan dua benda berbeza?
Jalan istiqamah adalah segala daya upaya, cara apa saja kita lakukan untuk belajar dan mencari keredhaan-Nya dan keampunan-Nya.
Menurutnya, manusia tetap tidak terlepas daripada melakukan kesalahan kerana kita semua tidak sempurna.
Kesalahan, kita kan manusia dan tidak sempurna. Akan ada pelbagai jenis ujian untuk kita tempuhi selama kita hidup.
Dan ujian kita semua berbeza, kerana jalan masing-masing menuju syurga Allah adalah berbeza.
Perkongsian itu kemudiannya mencetuskan perbincangan dengan ramai yang menyuarakan pandangan bahawa kesilapan adalah lumrah manusia.
Kata warganet, tidak wajar kesalahan itu dijadikan sesuatu untuk mengukur tahap keimanan atau istiqomah seseorang.
Sumber: Threads








