Apabila negara kita sedang alami perubahan ekonomi, ramai yang tidak mengjangkakan perkara ini akan berlaku tetapi ia terbukti memberi impak yang besar buat sesetengah pihak.
Ada yang masih menyesuaikan diri dengan cara bekerja dan menjalani kehidupan baru di ambang pandemik ini dan ada juga yang masih mengalami kesukaran untuk memulihkan perniagaan dan kehidupan mereka.
Oleh itu, terdapat banyak juga komuniti di Malaysia yang masih memerlukan bantuan, sumbangan dan pertolongan sukarelawan. Jadi, ada pelbagai bentuk bantuan tau yang boleh kita buat untuk bantu mereka ni. Antaranya adalah…
1. Support perniagaan kecil mereka
Sekarang ini ramai individu yang kehilangan pekerjaan, dulu makan gaji sudah bertukar menjadi peniaga kecil untuk menyara hidup. Lepastu, banyak juga benda nak kena bayar, sewa rumah lah, barangan keperluan harian lah. Memang struggle betul!
Boleh dikatakan perniagaan kecil sekarang sedang melalui masa yang sukar. Rata-rata antara mereka sedang berusaha untuk pulihkan semula perniagaan. Orang sekeliling pun kena lah sama-sama bantu peniaga ni supaya mereka dapat bangkit kembali.
Jadi, bila korang nak pergi beli barang keperluan dapur, atau apa saja yang korang nak beli tu, cuba lah kunjungi kedai runcit yang berdekatan, pasar tempatan dan kedai-kedai kecil ni. Ini adalah salah satu cara untuk korang bantu mereka yang dalam memerlukan.
Lagipun, biasanya kedai runcit ni kurang sikit sesaknya berbanding dengan pasar raya besar. Dalam masa yang sama korang pun dapat jimat masa.
2. Bantu dari segi emosi
Kadang-kadang golongan-golongan yang memerlukan ni suka merasa rendah diri. Dikatakan menyusahkan, malas lah, dan sebagainya. Pendek kata maruah dan air muka mereka kurang terjaga dan mengakibatkan gangguan emosi dan pemikiran mereka menjadi lebih negatif.
Sewajarnya kita sebagai orang yang melihat sendiri keadaan mereka, kena lebih empati iaitu memahami keadaan mereka yang sedia susah dan isu belakangnya adalah keyakinan diri dan harga diri mereka menjadi rapuh.
Selain membantu secara sukarela dan menyumbang kewangan, penting juga untuk kita bantu mereka ini dari segi emosi. Sentiasa lah bertanya khabar saudara-mara atau orang yang sedang dalam kesusahan untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik.
Bahkan, dapat satu panggilan telefon yang ringkas pun boleh menambahkan keceriaan buat seseorang tau!
3. Menyediakan tabung khas untuk kumpul dana
Tanpa kita sedar sebenarnya ramai juga golongan yang memerlukan ni tak mampu dan tak tahu nak minta bantuan dari mana. Bukan saja ada yang kelaparan, malah banyak keperluan lain yang mungkin mereka perlukan tapi tak ada yang nak bantu.
Oleh itu, tabung khas dan dana adalah penting untuk kita sediakan agar sama-sama kita dapat sumbangkan kepada mereka.
Selalunya kalau bab-bab dana dan tabung khas ni, korang selalu sumbang melalui Badan Bukan Kerajaan atau NGO kan? Ha… kalau korang nak tahu, gerakan ini dibuat adalah sebagai bantuan makanan asas kepada golongan memerlukan ni supaya tiada yang kelaparan dan sebagainya.
Jadi, melalui tabung khas, mereka yang berkemampuan boleh menyumbang seikhlas hati dan dana tersebut akan digunakan bagi meringankan beban golongan memerlukan.
Paling senang, korang bantu melalui Box Of Hope!
Selain daripada bentuk bantuan yang disebutkan tadi, korang juga boleh cuba membantu golongan yang memerlukan ni untuk menambah keceriaan mereka dengan membuat sumbangan melalui Box of Hope.
Ha…kalau korang nak tahu, Box of Hope ni merupakan inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat Air Selangor, Sesama Mara yang membolehkan orang ramai untuk membuat sumbangan kepada golongan B40 sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan asas.
Box of Hope telah dilancarkan sejak Jun 2020 lagi, dan merupakan kerjasama bersama Yayasan Food Bank Malaysia dan Village Grocer.
Melalui inisiatif Box of Hope ini, kotak-kotak khas telah diletakkan di lima lokasi Village Grocer di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai untuk menderma barangan makanan asas yang akan diagihkan kepada komuniti B40 yang memerlukan melalui Yayasan Food Bank Malaysia.
Hasil daripada bantuan orang ramai, sejak pelancarannya pada Jun 2020, Air Selangor telah dapat mengagihkan lebih daripada 2,000 kotak Box of Hope dengan nilai sumbangan melebihi RM175,000 kepada komuniti B40 dan rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dalam menghadapi cabaran kos kehidupan yang kian meningkat.
Ha…kalau korang rasa nak menderma atau memberi barangan buat mereka ni, boleh lah letak di antara lima lokasi ni. Antaranya di Box of Hope Village Grocer termasuk Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1Mont Kiara, i-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall Ampang.
Takde masa nak kesana? Takpe, korang boleh sumbang melalui versi digital juga!
Seiring dengan era transformasi digital kini, inisiatif Box of Hope ini juga telah dikembangkan dengan pelancaran platform digital.
Jadi, korang tak payah risau sebab kalau rasa tak sempat atau susah nak hulurkan bantuan secara fizikal, korang boleh juga membantu mereka yang memerlukan ini dengan memberikan sumbangan menerusi transaksi pembayaran secara dalam talian tanpa perlu berkunjung ke pusat agihan Box of Hope yang terletak di beberapa cawangan Village Grocer terpilih tu.
Ha…kalau ada yang nak beri sumbangan berupa pakej pembelian barangan makanan asas seperti tepung, beras, makanan dalam tin, susu tepung dan minyak, pun boleh tau! Korang salurkan je derma itu menerusi laman sesawang ni. Mudah je kan bila ada platform yang tersedia macam yang Air Selangor buat ni!
Sempena sambutan hari kebangsaan, Air Selangor juga meraikan golongan warga emas & kanak-kanak!
Bila cakap pasal orang yang kurang bernasib baik ni, mesti korang terfikir akan nasib kanak-kanak dan warga emas juga kan? Ada ke inisiatif yang Air Selangor ni buat untuk mereka? Eh, mestilah ada! Mereka telah berkongsi keceriaan dengan komuniti kurang bernasib baik ini dengan memberi sumbangan barangan makanan asas serta barangan keperluan harian.
Semua yang terlibat itu adalah dari Pusat Jagaan Anbe Sivam, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ihklas dan Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur.
Air Selangor berharap agar bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat lah membantu mengurangkan beban perbelanjaan rumah-rumah perlindungan ini dalam menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik.
Jom hulurkan bantuan & sumbangan buat mereka!
Tunggu apa lagi? Jom lah sama-sama bantu komuniti setempat, khususnya golongan B40 ni menerusi inisiatif Box of Hope. Kalau korang nak tahu lebih lagi mengenai inisiatif Box of Hope atau lain-lain inisiatif di bawah program Sesama Mara, boleh layari laman sesawang Air Selangor di SINI.
Diharap agar yang terjejas ni dapat bangun semula dengan semangat yang baharu selepas segala cabaran yang dihadapi dan akan menjadi pemangkin untuk kita terus membantu golongan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka.