Kredit foto: Money Compass
Budaya menabung haruslah diterapkan di dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana banyak faedah dan juga kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Bak pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebagai contoh, ketika dunia sedang dilanda musibah seperti Covid-19, ramai rakyat Malaysia telah kehilangan sumber pendapatan mereka. Jadi, sangat beruntung buat mereka yang sudah lama menabung kerana tidak menghadapi masalah ini tetapi sebaliknya buat mereka yang tidak.
Artikel berkaitan: Berjaya Beli Gajet Idaman Dengan Duit Sendiri, Gadis Ini Kongsi Tips Menabung Dari Kecil.
Artikel berkaitan: Elak Menyesal Kemudian Hari, Ini 7 Panduan Anak Muda Bebaskan Diri Daripada Hutang.
Meringankan beban keluarga
Kredit foto: Kashoorga
Menabung dari kecil bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa malah beban keluarga jika keluarga mempunyai masalah dari segi kewangan.
Bagaimana dengan menabung dapat meringankan beban mereka? Apabila mereka sudah terbiasa menabung dari sejak kecil, maka amalan itu akan diteruskan sehingga lah mereka dewasa kelak. Jadi anak-anak akan menggunakan wang simpanan mereka sendiri sekaligus kos perbelanjaan ibu bapa akan berkurangan.
Ibu bapa dapat membeli barang keperluan lain yang lebih penting menggunakan duit tersebut, dan bagi anak-anak yang telah di ajar untuk menabung pasti tidak akan meminta duit daripada sesiapa untuk membeli sesuatu.
Menampung kos sara hidup
Kredit foto: Buletinonline.net
Kenyataan yang harus diterima walaupun pahit adalah, kos sara diri yang semakin lama semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang tidak menentu pada waktu ini.
Hal ini kerana menurut kajian Bank Dunia, isu-isu yang berkaitan dengan kos sara hidup termasuklah pertumbuhan pendapatan yang lambat, peningkatan hutang isi rumah dan juga harga rumah yang tinggi. Masalah ini dapat dielakkan jika dari kecil sudah mengamalkan amalan menabung, kerana mereka sudah menyediakan payung sebelum hujan.
Bukan itu sahaja, jika sudah menabung dari kecil apabila meningkat dewasa tabung-tabung yang sedia ada boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut keperluan. Ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan mengelakkan berhutang.
Berjimat cermat
Kredit foto: HasrulHassan
Apabila sudah menabung dari usia muda, pasti ketika meningkat dewasa hidup akan menjadi lebih teratur dan yang paling penting adalah berjimat cermat.
Tidak semua yang mampu berjimat cermat lebih-lebih di zaman yang serba moden ini, malah masih ada yang tidak dapat membezakan antara barang keperluan dan juga barang kehendak. Jadi bagi mereka yang sudah lama menabung pasti lebih berjimat cermat kerana sedar akan susahnya hendak menyimpan jika tidak berjimat cermat.
Dengan berjimat cermat juga, ianya sedikit sebanyak dapatlah menyimpan lebih daripada biasa. Kita haruslah bijak dalam berbelanja supaya tidak boros di masa akan datang.
Bekalan wang untuk kecemasan
Kredit foto: Afyan.com
Manusia tidak dapat menjangka pada bila masa mereka akan dan perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti peribahasa ‘malang tidak berbau’.
Lebih-lebih lagi ketika musim Covid-19 ini, kos perbelanjaan dari segi perubatan sangatlah diperlukan bagi mereka yang terkena jangkitan tersebut dan memerlukan rawatan dengan segera. Jadi dengan adanya wang simpanan untuk kecemasan yang sudah disimpan dari dahulu, ianya dapat membantu meringankan beban.
Justeru, memang tidak dapat dinafikan dengan simpanan yang banyak hasil menabung sejak di usia muda dapat membantu mengatasi masalah atau situasi ketika kecemasan kerana masa depan tidak boleh diramal.
Sumber: Beritaharian, HarianMetro.